Majlis pra tonton atau Finale Viewing Party episod akhir drama fenomena Projek High Council berlangsung dengan meriah pada Jumaat.

Antara barisan pelakon yang hadir pada acara yang berlangsung di Suria KLCC, Kuala Lumpur itu ialah Amir Ahnaf, Mierul Aiman, Fazziq Muqris, Naim Daniel dan ramai lagi.

Menariknya, ruang legar di TGV, KLCC dibanjiri peminat yang setia menunggu kehadiran para pelakon walaupun ada daripada mereka tidak dapat menonton kerana kehabisan tiket.

Secara tidak langsung fenoma atau situasi seperti ini mengingatkan kita kepada sesi bertemu peminat para pelakon Korea yang pernah hadir ke Malaysia antaranya Lee Kwang Soo.

Di sini Gempak kongsikan foto-foto menarik Finale Viewing Party High Council:




A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Jangan lupa saksikan High Council pada Sabtu secara strim di Astro On Demand atau Astro GO dan saluran linear, Astro Ria (saluran 104) pada Isnin, jam 9 malam.