Gaya Hidup

[FOTO] Jernihnya Air Laut Perhentian, Ini 8 Tips Anda Perlu Tahu Jika Mahu Bercuti Di Pulau Indah Ini

gempak
Azwa Rahman
23/07/2020
11:37 MYT
Sponsor Banner
[FOTO] Jernihnya Air Laut Perhentian, Ini 8 Tips Anda Perlu Tahu Jika Mahu Bercuti Di Pulau Indah Ini
Keindahan pulah peranginan di Malaysia bukan calang-calangnya.
Kami berkesempatan mengunjungi Pulau Perhentian di Terengganu pada minggu lalu untuk merehatkan minda.
Di sini Gempak senaraikan lapan tips untuk anda yang pertama kali mahu mengunjungi pulau ini.
1. Pulau Perhentian terdiri daripada dua bahagian iaitu Perhentian Besar dan Perhentian Kecil. Untuk percutian keluarga, Perhentian Besar lebih disarakan untuk pelbagai kemudahan asas tersedia berbanding Perhentian Kecil untuk mereka yang gemarkan adventure.
2. Jika ke Perhentian Kecil, ambil peluang untuk mendaki ke kincir angin dan anda dapat menyaksikan pemandangan lautan yang sangat menakjubkan. Pastikan anda memakai kasut yang bersesuaian kerana pendakian mengambil masa lebih kurang 30 minit.
3. Penduduk di Perhentian lebih kepada loghat Kelantan berbanding Terengganu kerana pulau tersebut lebih berdekatan dengan negeri Cik Siti Wan Kembang. Kalau boleh belajar sedikit bahasa Kelantan untuk memudahkan komunikasi anda bersama penduduk tempatan.
4. Jangan lupa mencuba tarikan terbaru di Perhentian iaitu kayak jenis transparent atau pun telus. Aktiviti ini boleh dinaiki bersama teman dengan harga RM40 untuk satu jam.
5. Untuk aktiviti snorkeling, jika bernasib baik anda dapat bertemu dengan penyu yang sedang berenang. Anda boleh menyelam dan ambil foto atau video penyu tersebut dari jarak dekat.
6. Harga makanan di Pulau Perhentian boleh mencecah sehingga RM12 sepinggan. Nasihat kami, bawa makanan sendiri seperti mi segera, roti, sardin, minuman 3 dalam 1 dan ar mineral sebagai makanan tambahan.
7. Sebelum menempah resort ataupun hotel yang ada, periksa dahulu samada mereka menyediakan perkhidmatan elektirik 24 jam ataupun tidak. Jika tidak, maknanya anda perlu berada di luar dari jam 9 pagi hingga 6 petang untuk menggelakkan rasa bosan dan panas di dalam bilik.
8. Selain memandu sendiri, anda boleh mengambil penerbangan ke Kota Bharu untuk ke Perhentian. Jarak dari Kota Bharu ke Pulau Perhentian lebih lebih dekat berbanding Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud, Terengganu. Pengangkutan paling jimat, anda boleh menaiki bas ekspress yang selesa untuk terus sampai ke Terminal Bas dan Teksi Kuala Besut. Tiket hanya berharga RM90 untuk dua hala.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024