Beberapa keping foto Jungkook merokok saat berada di Los Angeles seperti sengaja disebarkan oleh paparazi.

Ada yang berpendapat, foto salah seorang anggota BTS yang berada di sebuah restoran popular di Hollywood tersebut berniat ‘jahat’ agar menunjukkan reputasi tidak baik daripada idola ramai tersebut.

Namun berbanding menerima kritikan, ramai yang menyebelahi Jungkook sekaligus menyifatkan dia tidak melakukan kesalahan besar atau perbuatan tidak bermoral.

Peminat dan netizen berpendapat merokok adalah perbuatan biasa yang turut dilakukan semua manusia di seluruh dunia. Dan adalah perkara normal apabila Jungkook juga merokok.

“Saya bukan ARMY. Tapi saya tidak melihat mengapa tindakan Jungkook merokok mahu dijadikan isu? Apa masalahnya? Dia adalah lelaki dewasa dan sedar dengan tindakannya. Dia tidak melakukan kesalahan,” tulis seorang netizen seperti dilaporkan AllKPop.

“Dia bukan lahir pada tahun 2007. Kenapa mahu cipta kontroversi apabila seorang yang lahir pada tahun 1997 merokok? Ada ramai lagi orang yang melakukan perkara buruk dan lebih teruk di luar sana,” tulis yang lain pula.

Jungkook kini berusia 26 tahun dan sedang meniti sukses menerusi single Seven yang mendapat perhatian dunia.