Foto Kacak Putera Mateen Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

Kamaruddin Razal
Oktober 5, 2017 11:38 MYT
Foto-foto kacak Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah di sekitar perarakan khas bersempena sambutan jubli emas meraikan tahun ke-50 Sultan Brunei di atas takhta menarik perhatian netizen.
Di sambutan tersebut, Putera Mateen kelihatan kacak menyarungkan persalinan diraja rona kuning emas.
Foto Putera Mateen serta gambar menarik sekitar sambutan tersebut dimuat naik menerusi laman Instagram @bruneiroyalfamily.
Sultan Brunei meraikan tahun ke-50 di atas takhta dengan sambutan mewah termasuk perarakan yang berkilauan, disertai 21 das tembakan dan upacara di istana baginda yang berhias emas.
Sultan Brunei, 71, merupakan raja kedua terlama memerintah, menaiki takhta di negara kesultanan di pulau Borneo tersebut pada bulan Oktober 1967.
Mari kita lihat foto-foto kacak Putera Mateen serta gambar-gambar menarik di sekitar sambutan tersebut.
Sumber: Astro Awani
Foto: Instagram @bruneiroyalfamily
#Brunei #Putera Mateen #Putera Mateen #Brunei