Pereka fesyen yang sedang meningkat naik, Nik Aswat tidak menyangka koleksi terbaharunya yang diperagakan di pertunjukan fesyen sulungnya mendapat liputan meluas termasuk dari media antarabangsa seperti India.

Kata pereka fesyen yang berasal dari Kulim, Kedah itu, liputan media antarabangsa sedikit sebanyak mengangkat jenamanya secara tidak langsung telah memperkenalkan Malaysia ke mata luar.

"Sejujurnya saya terkejut, speechless! Ini pertunjukan fesyen sulung saya, terharu sangat.

"Tak sangka jenama fesyen saya Nik Aswat dipandang dan dapat liputan dari luar negara terutamanya India.

"Pada masa sama saya bangga dapat jenamakan nama saya di peringkat antarabangsa. Orang luar pun boleh terima dengan jenama saya," katanya kepada Gempak.



Jelas Nik Aswat, kelapan-lapan rekaannya yang memaparkan elemen saduran dari watak utama filem pecah panggung Gangubai Kathiawadi lakonan Alia Bhatt itu mengambil masa dua bulan untuk disiapkan.

"Koleksi ini ambil masa dua bulan untuk dipersiapkan. Saya terapkan ketelitian daripada segi pemilihan fabrik serta cara potongan setiap rekaan.

"Lapan rekaan ini melalui proses kajian terperinci dan diselarikan dengan peredaran fesyen terkini. Saya nak tunjukkan simple, clean dan eksklusif," tambahnya.

Rekaan busana yang menggunakan warna asas putih itu disuai padankan dengan aksesori serta penggayaan persis watak utama filem Bollywood itu.

Antara media antarabangsa yang telah melaporkan pertunjukan fesyen ikonik Nik Aswat seperti Man's World India, Her Zindagi, Scroll India dan Aaj Tak.



Populariti yang diraih Nik Aswat itu secara tidak langsung membuka peluang baharu buat pereka fesyen yang kerap menggayakan pengasas kosmetik terkenal CheTa Pot Pet itu.

"Saya ada menerima kiriman mesej dari Nepal dan India yang ajak berkolaborasi dengan pertunjukan di sana dan mempersiapkan Miss Universe mereka. Saya pun terkejut, syukur rezeki.

"Selain itu, saya berpeluang untuk mereka busana untuk ratu cantik Laos dan ada juga beberapa permintaan dari Indonesia.

"Untuk perancangan berikutnya, saya mahu melebarkan fokus menghasilkan busana luar dari bidang perkahwinan seperti kasual dan ready to wear," tambahnya.

Jom lihat busana-busana yang direka Nik Aswat!

A post shared by all about nikaswat (@nikaswat)

A post shared by all about nikaswat (@nikaswat)

A post shared by all about nikaswat (@nikaswat)

A post shared by all about nikaswat (@nikaswat)

A post shared by all about nikaswat (@nikaswat)