Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

Foto Katil Patah Sempena Birthday, Peminat Jangka Sam & Syatilla Bakal Dapat Anak Baru

Syafiqah Jalal 04/09/2020 | 09:32 MYT
Pelakon Syatilla Melvin menitipkan ucapan istimewa buat suaminya, Shaheizy Sam sempena ulang tahun kelahiran.
Selain mengimbau kembali kenangan bersama suaminya, ucapan terakhir Syatilla menarik perhatian netizen dan ramai menjangka pasangan itu bakal timang cahaya mata baru tidak lama lagi.
“Amboi lain macam sangat cara kau tengok aku B (Sam).
“Happy birthday sayangku.. Saya yakin yang baik-baik sahaja akan datang pada awak dan kita.
“Dulu masa awal-awal kenal dia ni, aku rasa macam annoying sangat mamat ni tapi lama-lama, rasa mcaam sayangnya lahai dia ni. Tua sama-sama, mati sama-sama Insya-Allah.
"By the way sejak ada Pengaseh buat awak lagi sayang saya kan? Awak, saya sedia menerima bila-bila masa awak memberi #katilpatah #pelariscinta,” katanya.
Syatilla berkongsi perkara terbabit, di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, dia memuat naik fotonya bersama Sam di atas katil.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang memberikan komen yang melucukan.
“Kapsyen last tu. Fuh. Dapat adik barulah Mat Yip dengan Sarimah haha.
“Amboi ayat, hashtag tu tak tahan.
“Malam ni standby Sam.
“Tambah seorang (anak) lagi kot,” antara komen-komen pengikutnya.
Syatillla dan Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy.

Aduhhhh pasaipa pulak dah katil patah sampai laguni?sayang tak baik buat saya mcm ni?? @shaheizy_sam Eh... Alamak!!! Ni katil kitalah @shaheizy_sam ??? Ni nak habaq, kami nak buat contest skit,swipe left untuk cari perbezaan antara dua gambar. Kami akan pilih 10 jawapan paling tepat dan pemenang akan memenangi jemputan khas ke majlis perasmian Pengaseh. Pemenang akan dihubungi oleh admin @pengaseh.hq Cepat noh...kami tak sabaq nak pilih pemenang bertuah #pengaseh #pelarisCinta #katilPatah

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla) on

Amboi lain mcm sangat cara ko tengok aku b?? . Happy birthday sayangku..saya yakin yang baik2 sahaja akan datang pada awak dan kita♥️dulu masa awal2 kenal dia ni, aku rasa mcm annoying sgt mamat ni?tapi lama2 rasa mcm sayangggnyaaaaaaaaaaaaaaa lahai dia ni..tua sama2,mati sama2 insyaallah❤️ . Btw sejak ada PENGASEH buat awak lagi sayang saya kan??awak, saya sedia menerima bila2 masa awak memberi?? @pengaseh.hq #pengaseh #katilpatah #pelariscinta

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla) on

#Anak #Shaheizy Sam #Syatilla Melvin #Katil
;