Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

[FOTO] Manis Macam Gula! Comelnya Kios Pop-Up & Gelanggang Ais Kate Spade Di Sunway Pyramid Ni...

Amri Hassan
15/12/2022 06:52 MYT
Bagi menyambut ketibaan musim cuti persekolahan dan tahun baru 2023, jenama fesyen terkenal Kate Spade New York mengambil alih hiasan utama di gelanggang luncur ais pusat beli-belah Sunway Pyramid!

Lebih mengujakan, Kate Spade turut membina kios pop-up interaktif berinspirasikan Candy Bar.



Binaan kios sementera ini direka untuk membangkitkan keterujaan liburan di musim percutian akhir tahun ini sekali gus menjemput komuniti setempat untuk bersama-sama berkongsi kegembiraan dalam menyambut Hari Natal serta ketibaan Tahun Baru.

Paparan dekorasi kios Candy Bar ini menggabungkan warisan serta nada gaya yang keseronokan rumah fesyen ini. Bergemerlapan dengan kilauan glamor tinsel dengan hamparan lantai hitam putih bercorak dam, laman ruangan sementara ini membingkiskan keajaiban serta menyuntik energi musim perayaan.



Dibuka kepada umum dari 8 sehingga 26 Disember, kios interaktif ini menjemput para pengunjungnya untuk mempersiapkan persalinan dalam menyambut ketibaan musim percutian dalam gaya Kate Spade sebenar.

Disuntik rincian elemen manisan gula-gula menerusi himpunan Kate Spade New York Holiday 2022, rumah fesyen ini turut memaparkan barisan aksesori serta ceraian gaya yang pelbagai dalam mengimbangi gaya persalinan buat musim perayaan hujung tahun ini.




Terdapat juga tawaran hadiah manisan gula-gula untuk dimenangi!

Pelanggan boleh mengambil bahagian dalam permainan di laman ruangan yang dibayangi himpunan percutian jenama dan boleh diakses untuk bermain menerusi https://sugarrush.kspadeexperiencemy.com/.

Setelah selesai bermain di setiap tahap dalam permainan, pemain boleh menebus hadiah di kios Candy Bar dan berpeluang untuk memenangi pengalaman membeli-belah bersama Kate Spade New York bernilai RM3,000.



Sempena pelancaran kios pop-up Kate Spade New York Sunway Pyramid baru-baru ini, barisan selebriti turut hadir memeriahkan acara antaranya Anna Jobling, Athina Kamarudin, Jestinna Kuan, Christinna Kuan dan Elyn Leong.

Pengambilalihan gelanggang luncur ais oleh Kate Spade New York di Sunway Pyramid bermula dari 7 Disember 2022 hingga 2 Januari 2023.



Kios pop-up dibuka kepada umum mulai 8 hingga 26 Disember dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.



Pengunjung juga bakal dihidangkan dengan persembahan luncur ais istimewa pada jam 2.30 petang setiap hari Sabtu yang dibawakan khas oleh Kate Spade New York!

#Kate Spade #Anna Jobling #Sunway Pyramid #Oh Abe Nik #Candy Bar #Gelanggang Luncur Ais