FOTO: “Masya-Allah Comelnya Ukkasya Muhammad Syahki!” - Irwansyah Dedah Wajah Anak

Mya Amri
April 1, 2021 11:37 MYT
Pelakon popular Indonesia, Irwansyah baru sahaja menerima kehadiran cahaya mata sulung yang diberi nama Ukkasya Muhammad Syahki selepas hampir 10 tahun menanti.
Menerusi akaun Instagramnya, Irwan telah berkongsi foto anak kesayangannya selepas isterinya, Zaskia Sungkar selamat bersalin.
“Masya-Allah… Allah baik sudah hadirkan @ukkasyahki buat kita, Allah memang paling tahu bila waktunya. Terima kasih Ya Allah Ukkasya sihat, mamanya sihat,” tulisnya.
Dalam pada itu, Irwan juga tidak ketinggalan mewujudkan akaun Instagram rasmi milik anaknya, @ukkasyahki sejak 11 Mac lalu.
Manakala posting terbaharu yang menunjukkan wajah comel Ukkasya mula dimuat naik hari ini.
Menerusi ruangan komen juga, rata-rata pengikut mengucapkan tahniah kepada pasangan selebriti itu selain memuji kecomelan Ukkasya.
“Masya-Allah ganteng bangat baby sholeh,” komen @tika_atikah2
“Masya-Allah jatuh cinta sungguh aunty macam ni” puji @putri_arumm
Sehingga artikel ini ditulis, Instagram Ukkasya mempunyai sebanyak sembilan posting dengan 89,000 pengikut.
Irwan dan Zaskia menimang cahaya mata pada Selasa, 30 Mac 2021.
Irwan dan Zaskia telah berkahwin pada 15 Januari 2011 dan selepas sekian lama menantikan zuriat, pasangan ini mengambil keputusan untuk mencuba kaedah rawatan bayi tabung uji atau IVF tahun lalu
#Bersalin #Irwansyah #Zaskia Sungkar #Ukkasya Muhammad Syahki #Dedah Wajah Anak #Kongsi Wajah Anak