[FOTO] Meriahnya! Netizen Bangga Apabila Pelakon Hollywood Ini Bersanding Dalam Adat Kadazan Dusun
Azwa Rahman
18/07/2019 11:09 MYT
18/07/2019 11:09 MYT
Pelakon Hollywood yang membintangi siri The Flash, Grant Gustin dan isterinya, Andrea Thoma membuka mata warga dunia kepada budaya negeri Sabah apabila bersanding mengikut adat kaum Kadazan Dusun.
Menerusi beberapa potret hasil bidikan jurufoto perkahwinan, Yusuf Ahmad dan pasukannya, perkahwinan yang berlangsung di Penampang, Sabah itu mengikut adat Kadazan Dusun yang dipanggil Miohon Pinisi.
Dalam keraian tersebut, kedua-dua pasangan pengantin meraikan ahli keluarga dan para tetamu dengan tarian dan dendangan lagu yang sememangnya menjadi acara wajib dalam perkahwinan indah etnik itu.
Andrea yang berdarah kacukan Kadazan Dusun di sebelah ibunya berkongsi potret indah itu di Instagram beserta sebuah video berdurasi hampir 5 minit di saluran IGTVnya.
“Thank you to my nenek and datuk (may he rest in peace) for always opening their home to anyone and everyone who has ever needed a roof over their head.
“Finally, thank you to my husband, who stepped way out of his comfort zone, into a new country and my small army of family, and opened his heart to priceless gift I will forever be thankful for,” ujarnya menerusi ruangan kapsyen.
Rata-rata netizen terutamanya mereka yang berasal dari Sabah cukup berbangga apabila pasangan itu dilihat tidak melupakan asal-usul mereka.
Malah, mereka turut berbangga apabila ada momen Andrea berbahasa Kadazan Dusun dalam video perkahwinan tersebut.
“Wow, that was beautiful. Thank you for sharing this and opening a view for many people unaware to your heritage,” ujar seorang netizen.
“Well, I guess now if Sabah is under attack, The Flash would definitely be there for us. This is realy beautiful,” komen bangga seorang netizen.
Terdahulu, pelakon siri The Flash itu mengejutkan warga Malaysia apabila memilih sumandak (gadis) Sabah untuk dijadikan suri hatinya.
Pasangan ini telah mengikat tali perkahwinan pada 15 Disember tahun lalu bertempat di Los Angeles.