Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Foto Mesra Siti Nurhaliza Bersama Keluarga Jadi Jawapan Buat Netizen

Gempak
02/02/2024 14:30 MYT
Sempena memasuki usia baharu, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sempat mengadakan sambutan ulang tahun kelahiran ke-45 baru-baru ini.

Turut meraikan Makan Malam Tahunan CTDK Group, majlis yang bertemakan warna hijau itu dihadiri oleh rakan-rakan artis seperti Ernie Zakri, Syamel, Nabil Ahmad, Elly Mazlein, Aliff Aziz, Bella Astillah dan Hael Husaini.

Berita Trending: Siti Nurhaliza Bagi Respon, Mahalini Sedia Jumpa Bincang Buat Lagu - “Saya Rasa Insecure”

Dalam beberapa perkongsian gambar, penyanyi lagu Romansa Kita itu sempat menyelitkan kapsyen berbunyi:
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

"Ha, suka gosip tau. Tak baik tau fikir bukan-bukan you alls ni pun," tulisnya.

Difahamkan, perkongsian Siti itu merujuk kepada tanda tanya peminat dan juga netizen yang timbul susulan perkongsian beberapa hantaran di Instagram Story yang berkisar tentang isu rumah tangga.

Siti mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006. 

Hasil perkahwinan, Siti dan Khalid dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.

 

#Nurhaliza #Siti #Keluarga