Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

(FOTO) Model Playboy Ini Bida Tisu Air Mata Lionel Messi Bernilai RM2.4 Juta

Maliah Surip
25/08/2021 14:50 MYT
Minat punya fasal, seorang model majalah dewasa, Playboy, Luana Sandien membida tisu yang mempunyai kesan air mata pemain bola legenda dunia, Lionel Messi dengan nilai RM2.4 juta.

Bidaan itu dibuat selepas wanita berusia 27 tahun tersebut melihat iklan mengenai tisu yang digunakan Messi untuk menyapu air matanya sewaktu pengumuman meninggalkan kelab Barcelona, baru baru ini.

Menurut laporan The Sun, model yang menetap di Sepanyol itu mendakwa dirinya sebagai peminat tegar kelab tersebut.

"Saya telah membida sebanyak £438,000 (RM2.4juta) untuk mendapatkan tisu dengan kesan air mata messi sebelum ia hilang.

"Namun setelah saya membidanya, iklan tersebut hilang. Sama ada ia telah berjaya dibeli oleh orang lain, atau tidak, saya kurang pasti.

"Tapi saya berharap saya yang mendapatkannya (tisu)," kata Sandien.



Dia juga mengatakan selalu memberi sokongan kepada Barcelona kerana berasa para pemain di dalam kelab tersebut jauh lebih hebat daripada pemain kelab bolasepak lain di dunia.

"Saya selalu menyokong Barcelona kerana tinggal di Sepanyol. Saya rasa para pemainnya jauh lebih hebat dari pemain di kelab bola sepak lain,"ujarnya lagi.



Sandien sebelum ini pernah menjadi wajah sampul atau cover majalah Playboy Afrika dan memakai jersi Barcelona. Menurut laporan, bukan sahaja penjualan majalah tersebut meningkat, tetapi jersi yang dipakai juga melonjak dengan jualan 50 peratus.

Untuk rekod, Messi, 34, meninggalkan Barcelona selepas 21 tahun bersama lantaran kelab tersebut mengalami masalah kewangan sehingga tiada sebarang perjanjian kontrak baharu.

Kredit Foto: The Sun
Instagram: @luanasandien
#Barcelona #Bida #Lionel Messi #Luana Sandien #Model Playboy #Tisu
;