Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

(FOTO) Nasha Aziz Is Back, Wajah Jelitanya Buat Netizen Terpesona

Maliah Surip
30/03/2021 15:20 MYT
Sejak semalam, nama model dan aktres terkenal Nasha Aziz kembali menjadi buah mulut peminatnya.

Hal itu kerana penampilan terkini Nasha yang sudah lama tidak disorot media disifatkan sebagai cukup mempersona.

Kecantikkan Nasha yang akan genap 49 tahun pada 14 Mei 2021 ini dilihat tidak pernah pudar.

Lantaran kejelitaan dan bakatnya sebagai seorang supermodel berpengaruh, beliau yang diangkat sebagai muse oleh jenama Rizman Ruzaini untuk kempen Aidilfitri 2021 itu telah menarik perhatian netizen.

Wajah segar Nasha dirias oleh Khir Khalid. Menerusi sekeping foto yang dikongsikan dalam laman Instagramnya semalam, jurusolek terkenal itu menggelarkan Nasha sebagai 'bintang yang sentiasa bersinar sambil memberi sedikit butiran mengenai projek terkininya itu.



"Rapi, bintang yang sentiasa bersinar selalu dan selamanya," tulis Khir Khalid yang menggunakan jenama Tom Ford untuk riasan wajah Nasha dan style supermodel itu ditatarias oleh Yana Baharudin.

Foto tersebut kemudian mendapat pujian netizen yang kebanyakannya meninggalkan komen berbunyi 'cantik'.

Sementara itu, Rizman juga memperkenalkan Nasha sebagai muse untuk kempen Aidilfitrinya dengan memuat naik tiga keping foto yang memperlihatkan wanita itu memakai busana raya berwarna biru dan merah.

Instagram: @khirkhalid, @nashaaziz, @rizmanruzaini



#Aidilfitri #Rizman Ruzaini #Nasha Aziz #Khir Khalid #Supernodel
;