[FOTO] Pelakon Filipina Dingdong Dantes Sertai Tentera Laut, Ramai Puji "Segaknya Dia Beruniform!"

Amri Hassan
Januari 29, 2020 07:15 MYT
Pelakon yang popular dengan drama bersiri MariMar, Dingdong Dantes secara rasmi telah menerima pingat penganugerahan pangkat Komander Leftenan Laut Angkatan Laut Fipilina baru-baru ini.
Hal itu dikongsikan menerusi akaun Instagramnya dan isteri, Marian Rivera selepas istiadat terbabit tamat.
"Berkongsi serba sedikit istiadat yang berlangsung di Pangkalan Laut Filipina baru-baru ini.
"Tak kira apa juga uniform yang anda sarung jadilah hero dalam apa juga cara sekali pun," tulisnya di Instagram.
Pujian demi pujian diberikan peminat pelakon itu dan menyanjung usahanya untuk berjuang demi negara.
Malah, ramai yang memuji kekacakannya yang lengkap beruniform putih dalam istiadat tersebut.
Dantes, 39, bukan selebriti pertama yang dikurniakan pingat dalam ketenteraan negara itu.
Pada 2019, Matteo Guidicelli menjadi rakyat pertama yang bergraduasi dari latihan Army Scout Ranger dengan dianugerahkan pangkat leftenan tahap dua.
Tahun yang sama juga pelakon Gerald Anderson, Elmo Magalona, Yves Flores, Jerome Ponce dan Nash Aguas turut sertai latihan Army Scout Ranger.
Sebelum ini, Dingdong pernah memasuki rejim marin pada tahun 2006 namun, dia meninggalkannya.
Pada 2017 Dantes menyertai semula pasukan tersebut dan menerima pangkat Master Sarjan.
Sumber: CNN Philippines
#Filipina #Dingdong Dantes #Tentera Laut