Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

(FOTO) Pemandangan Dari Udara, Lembah Kelang Tenggelam Bah

Maliah Surip
19/12/2021 05:20 MYT
Beberapa keping foto kawasan Lembah Kelang dari pemandangan udara yang dirakamkan oleh seorang pengguna bernama Afif yang dikongsikan BERNAMA menarik tumpuan umum.

Hal itu lantaran foto foto tersebut menunjukkan rata rata kawasan Lembah Kelang yang dirakamkan masih ditenggelami banjir atau.

Walaupun hujan telah berhenti di beberapa kawasan di sekitar ibu kota, namun air dipercayai terus naik sekaligus menenggelamkan bukan hanya harta benda tetapi kediaman para penduduk.

Sejak kelmarin, beberapa negeri termasuk di ibu kota mengalami taburan hujan tanpa henti sehingga menyebabkan banyak kawasan dinaiki air.

Foto foto suasana kawasan yang ditenggelami banjir turut dikongsikan oleh ramai pengguna media sosial. Antara kawasan yang terjejas teruk termasuklah di Hulu Langat, Selangor dan Sepang.

Untuk info, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 17,963 orang membabitkan 6,135 keluarga di lapan negeri dengan Perak dan Kuala Lumpur menjadi negeri terbaharu dilanda bencana itu setakat jam 11.20 pagi ini, lapor Awani.

Berikut antara foto pemandangan udara yang menyaksikan Lembah Kelang tenggelam.

Sumber/FOTO: BERNAMA







#Banjir #Foto #“Bah” #“Lembah #“Pemandangan #Kelang” #Udara”