Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"[FOTO] Ramai Cakap Baby Aisha Amaira Muka Ayah" - Memang Tak Jemu Tengok Wajah Anak Fasha & Aidil

Badrul Hashim 27/08/2020 | 13:00 MYT
Selepas dua kali mengalami keguguran sebelum ini, Fasha dan Aidil dikurniakan dengan seorang puteri yang cukup comel dan tidak jemu mata memandang.
Bukan itu sahaja, pengikut Fasha juga turut meningkat ke 5 juta orang pada hari Aisha dilahirkan. Apatah lagi Fasha memaklumkan dia tidak akan membuat akaun Instagram untuk anak-anaknya, dan semua gambar akan dikongsi di Instagram miliknya.
Baca: “Tak Buat IG Untuk Mana-Mana Anak Sebab…”- Fasha Sandha Pelik Banyak ‘Fake Account’ Selepas Selamat Bersalin
Sebelum itu, ramai juga yang memuji kecantikan Aisha seperti wajah ibunya, Fasha ketika kali pertama Fasha berkongsi wajah anaknya kepada umum.
Baca: “Cantiknya Aisha Macam Ibu”- Pipi Merah, Hidung Mancung Anak Fasha Sandha Jadi Perhatian
Namun dalam entri terbaru di Instagram miliknya, Fasha berkongsi cerita bahawa ramai yang mengatakan wajah Aisha seperti wajah suaminya, Aidil.
"Ramai cakap baby Aisha Amaira Muka Ayah, Alhamdulillah mata dengan bibir ikut ibu.
"Yang penting baby Aisha sihat," doa Fasha buat anaknya itu.

Ramai cakap baby Aisha Amaira Muka Ayah, Alhamdulillah mata dengan bibir ikut ibu ??❤️ Yang penting baby Aisha sihat ? #iburayfalrayshaaisha #iburayfalraysha

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Aisha Amaira merupakan anak pertama Aidil dan Fasha selepas mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019.
Pelakon jelita itu sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berpisah pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan tersebut, Fasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.
#Fasha Sandha #Aidil Aziz #Aisha Amaira
;