,
Hiburan

Foto: Runtun Hati Netizen Lihat Tangisan Noah, Anak Ashraf Sinclair

Mya Amri
19/02/2020
10:03 MYT
Luluh hati netizen apabila melihat video yang memaparkan momen anak tunggal penyanyi Bunga Citra Lestari, Noah Aidan Sinclair sewaktu menghadiri majlis pengebumian bapanya, arwah Ashraf Sinclair.
Video yang menjadi viral itu merakamkan Noah yang sedang menangis teresak-esak disisi ibunya sebelum dipeluk dan ditenangkan Bunga.
Pada mulanya Noah kelihatan tabah dan cuba menahan tangisannya namun air mata kanak-kanak berusia 10 tahun itu gugur jua disaat bapanya dikebumikan.
Sepanjang pengebumian berlangsung, Noah juga sentiasa setia berada disisi Bunga.
Menerusi laman sosial Twitter, rata-ratanya meluahkan rasa sedih dan tidak kurang ada yang sebak sebaik sahaja melihat momen tersebut lebih-lebih lagi kerana Noah terlalu rapat dengan bapanya.
Terdahulu, pelakon Ashraf Sinclair dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada usia 41 tahun di Jakarta di Indonesia semalam.
BACA: Ashraf Sinclair Meninggal Dunia Kerana Serangan Jantung
Ashraf dan BCL berkahwin pada 8 November 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Noah yang kini berusia 10 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Selamat Hari Jadi Di Syurga" - BCL Titip Ucapan Hari Jadi Buat Arwah Ashraf Sinclair

gempak
18/09/2024
16:55 MYT
Dalam satu hantaran di Instagram penyanyi yang popular dengan lagu Wanita Terbahagia itu telah memuat naik gambar Ashraf meniup lilin dan mengucapkan selamat hari jadi kepada arwah suaminya itu.
Hiburan

“Saya Tidak Berniat Untuk Memiliki Anak Lagi Kerana….” - Bunga Citra Lestari

gempak
22/07/2024
04:55 MYT
Penyanyi dan juri Gimme The Mic Malaysia, Bunga Citra Lestari tampil memberi respons dakwaan sesetengah warganet mengenai dia kini sedang berbadan dua.
Viral

Netizen Dakwa ‘Bayang' Tiko Menerusi Cermin Mata Hitam BCL Mirip Arwah Ashraf Sinclair

gempak
18/06/2024
09:55 MYT
Perkongsian terkini Bunga Citra Lestari atau BCL di Instagramnya baru-baru ini masih menyorot perhatian netizen.
Hiburan

Ganti Nama Sinclair Di Akaun Instagram, BCL: “Ringkas Tapi Tak Mudah”

gempak
14/02/2024
11:27 MYT
Penyanyi Bunga Citra Lestari atau BCL akhirnya berbicara mengenai keputusan untuk menggantikan nama akaun Instagramnya, @bclsinclair kepada @itsmebcl.
Laman Utama

Jangan Merapu Sangat! Netizen Dakwa Lalat Di Kening BCL Jelmaan Allahyarham Ashraf Sinclair

gempak
14/12/2023
23:55 MYT
BCL kini sudah lebih satu minggu bergelar isteri kepada suami baharunya, Tiko Aryawardhana.
BorakSeeni