Hiburan
Foto Sekitar Majlis Akad Nikah Mila Jirin & Isz Pada 11.11.15
Tahniah diucapkan kepada juara Akademi Fantasia musim kelima (AF5) Mila Jirin dan suaminya Isz Mustapha yang telah selamat diijab kabulkan pada petang Rabu.
Selain dari jumlah wang hantaran berjumlah RM23,128.70 yang diinspirasikan dari hari lahir Mila yang jatuh pada 23 Disember 1987, tarikh untuk menoktahkan cinta mereka juga cantik iaitu 11.11.15.
Mila sah bergelar isteri kepada Isz dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis sederhana tetapi meriah yang telah berlangsung di Ballroom III, ECity Hotel pada jam 6.20 petang.
Memilih konsep bunga warna lembut atau pastel floral bagi majlis akad nikah, pasangan tersebut menggunakan khidmat syarikat mereka sendiri iaitu Bizmilla Catering bagi dekorasi pelamin, dewan serta hidang makanan buat tetamu.
Untuk pembaca Astro Gempak, kami kongsikan beberapa keping foto sekitar majlis akad nikah Mila dan Isz petang semalam.
Di kesempatan ini juga Astro Gempak ingin mengucapkan tahniah kepada Mila dan suami. Semoga ikatan perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat!
Teks Oleh: Hafiza Kamarudin
Foto: Bizmilla Studio
Must-Watch Video