Ada pelbagai cara dilakukan selebriti tempatan dan antarabangsa untuk mengutip dana bagi membantu mencegah pandemik Covid-19.



Antaranya dengan memuat naik foto separuh bogel di Instagram dan mengumpan peminat untuk ke saluran sesawang kandungan eksklusif OnlyFans.

Namun, direktori itu sebenarnya membawa pelayar Internet ke saluran dana dalam talian GoFundMe yang membantu pekerja kesihatan yang terbabit dalam menangani Covid-19.

Sejam selepas memuat naik foto terbabit, Elgort berjaya mengumpul sejumlah wang yang didermakan oleh peminatnya.

"Nampaknya ramai yang bermurah hati untuk menyumbangkan bantuan kepada frontliner. Terima kasih," tulisnya.

Sehingga 22 April, GoFundMe telah mengumpul AS$210,000 (RM916,650).

Bagaimanapun, foto terbabit telah dipadamkan oleh Instagram kerana difahamkan telah melanggar terma penggunaan laman sosial itu.

"Instagram meminta saya memadamkan foto terbabit tapi saya mungkin akan menggantikan ia dengan versi yang lebih comel.

"Maaf kalau entri saya mengganggu pihak tertentu tetapi niat saya baik," ujarnya.

Menariknya, foto itu dirakamkan sendiri oleh bapanya di kediaman mereka.



Sumber: Newsweek, DailyMail, CNN