Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

[FOTO] Serba Sederhana... Intai Rumah Keluarga Lisa BLACKPINK Di Thailand

Azwa Rahman 06/09/2019 | 10:54 MYT
Ramai yang mengetahui anggota kumpulan K-Pop terkenal BLACKPINK, Lisa berasal dari Thailand.
Walaupun namanya semakin dikenali di seluruh dunia, Lisa tetap tidak lupa pada asal usulnya dan sering pulang ke kampung sekiranya mempunyai masa terluang.
Menerusi program bual bicara sebuah rancangan popular di Thailand, mereka sempat mengunjungi rumah di mana bintang K-Pop itu membesar.
Jom intai keadaan sebenar rumah keluarga Lisa di Thailand.
1. Ruangan Depan
Terletak di Buriram, Thailand, inilah rupa kediaman keluarga penyanyi berusia 22 tahun itu. Di bahagian luar, jelas kelihatan rumah kayu dua tingkat ini agak sudah lama didiami.
Menurut neneknya, Lisa tinggal di rumah itu sejak kecil dan sehingga kini, Lisa sering pulang ke kampung dan memberikan wang perbelanjaan kepada datuk dan neneknya.
2. Halaman rumah
Sama seperti rumah kampung yang lain, rumah Lisa juga turut mempunyai tangga untuk naik ke rumah.
Manakala di bahagian bawah rumahnya juga ada beberapa meja dan kerusi yang digunakan untuk tujuan bersantai dan menerima kehadiran tetamu.
3. Perabot dalam rumah
Menurut nenek Lisa, cucunya seorang yang ceria dan menerima apa juga keadaan keluarganya.
Di dalam rumah, tidak banyak perabot yang kelihatan. Hal ini berkemungkinan datuk dan neneknya tidak mahu berlebih-lebih dalam menghias rumah dan mahu mengamalkan kehidupan yang tradisional.
4. Foto Lisa dan keluarga
Foto remaja Lisa bersama datuk dan neneknya masih juga masih terletak elok di dalam rumah.
Foto itu merakamkan wajah Lisa kelihatan ceria sambil memeluk datuknya.
Foto itu juga menampakkan wajah Lisa yang polosnya sebelum bergelar bintang ternama dunia.
Sumber: BLINK Amino
#Thailand #Blackpink #Lisa
;