Foto Terbaru Adele Dapat Pujian...Peminat Hampir Tak Kenal!

Asraf Aided
Disember 24, 2019 11:13 MYT
Penyanyi popular kelahiran Britain, Adele berkongsi foto terbaru yang mencuri tumpuan para peminat.
Foto berkonsepkan Krismas itu dikongsi menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Rata-rata peminat memuji susuk tubuh terkini Adele yang semakin langsing dan cantik secara keseluruhan.
Di entri itu, Adele turut mengucapkan terima kasih kepada kenalan yang telah menghadiri parti yang dianjurkannya.
"Terima kasih kepada anda yang menghadiri parti saya, selamat Hari Natal dan selamat bercuti," tulisnya sebagai kapsyen.
"Cantik!
"Tak boleh henti tengok!
"Hampir tak kenal, dah macam orang lain!" tulis netizen.
Setakat ini, entri itu mendapat tanda suka melebihi satu juta selepas 15 jam dikongsi.
#Adele