Gara-gara foto meletakkan tangan di atas perut tersebar, rata-rata warganet membuat spekulasi bahawa isteri Putera Harry, Meghan Markle sedang hamil anak kedua.

Memetik laporan Cosmopolitan, foto tersebut diambil ketika Meghan menghadiri sebuah acara di Royal Albert Hall, London Sabtu lalu.

Acara itu dihadiri oleh kerabat Diraja dan sudah tentu kemunculan Meghan dan Putera Harry mencuri tumpuan ramai.

Dalam foto tersebut, Meghan kelihatan anggun dalam persalinan gaun hitam sambil meletakkan tangan di bahagian perutnya.

Namun begitu, pasangan Diraja kegemaran ramai ini masih belum tampil memberi sebarang kenyataan berhubung dakwaan tersebut.

Imbas kembali, Meghan dan Putera Harry mendirikan rumah tangga pada 19 Mei 2018.

Mereka menimang cahaya mata pertama iaitu Putera Archie Harrison Mountbatten-Windsor pada Mei tahun ini.

Sumber : Cosmopolitan