Bandar Istanbul yang terletak di Turki merupakan sebuah destinasi pelancongan terkenal di dunia.

Bukan sahaja menawarkan pelancongan halal dan sarat sejarah, kedudukannya yang berdekatan laut cukup memberikan panorama indah.



Namun jika berkesempatan ke Istanbul selepas pandemik tamat, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke sebuah pekan kecil yang terletak hanya 30 minit daripada Istanbul, dikenali sebagai Balat.

Balat Neighbourhood terletak di kawasan Fatih, sebuah daerah lama yang berusia hampir 200 tahun.



Istimewanya lagi pekan kecil ini telah diiktiraf sebagai kawasan warisan budaya pada tahun 1995 oleh UNESCO.

Uniknya kawasan kejiranan lama ini, ia telah diberikan pengubahsuaian yang menjadikannya sebuah tarikan hipster.



Bangunan kedai dan kawasan perumahan dicat baru dengan warna-warna yang cerah dan ceria, memang cantik dan Instagrammable!



Menyelusuri jalan-jalan kecil di Balat, anda akan dihidangkan dengan hidden gem deretan bangunan dan rumah-rumah lama yang kini telah dijadikan kafe-kafe yang menarik, sesuai dijadikan lokasi santai.

Selain lokasi hipster berwarna-warni, Balat merupakan penempatan kejiranan campuran Muslim, Christian dan Jewish.



Jadi, tak hairan jika anda ternampak pelbagai jenis masjid, gereja dan synagogues yang terletak berdekatan antara satu sama lain.

Untuk ke hidden gem Balat, anda boleh menaiki bas ataupun feri. Dari area Sultanahmet, atau mana-mana lokasi di sekitar istanbul, naik tram ke Emienonu kemudian pergi ke kawasan stesen bas, dan ambil bas bernombor 99 untuk ke Balat, Fatih.



Kalau anda memilih menaiki feri, tempat perhentian feri untuk ke Balat adalah di Fener dan anda hanya perlu ke seberang jalan sahaja untuk ke lokasi yang dinyatakan. Untuk tawaran menarik, klik di sini.


Sumber: Facebook KEKMA
Kredit foto: saltinourhair.com, colorfulsisters.com