Laman Utama

[FOTO] #TravelMana: Bercuti Bak Di Atas Awan, Kuak Hill Resort Jadi Tarikan Staycation Terbaru Di Lenggong Perak

gempak
Azwa Rahman
11/03/2021
12:30 MYT
Sponsor Banner
[FOTO] #TravelMana: Bercuti Bak Di Atas Awan, Kuak Hill Resort Jadi Tarikan Staycation Terbaru Di Lenggong Perak
Lenggong yang terletak di Hulu Perak mendapat pengiktirafan oleh UNESCO sebagai lokasi bersejarah yang banyak menyimpan sejarah awal penemparan dan ketamadunan manusia.
Selain menjadi lokasi penemuan rangka Orang Perak yan berusia antara 10,000 hingga 11,000 tahun ditemui Gua Gunung Runtuh, Lenggong kini menpunyai banyak tarikan terkini yang mampu menarik minat anda.
Salah satunya adalah Kuak Hill Resort yang terletak 100km dari utara Ipoh berdekatan dengan Grik, Empangan Temenggor dan Tasik Banding.
Menjadi pilihan lokasi staycation terkini, Kuak Hill Resort menyajikan keindahan pemandangan Tasik Raban dari atas bukit di Kampung Lata Papan, Kuak.
Bagi yang ingin menginap di sini, ada beberapa pilihan tempat penginapan tersedia antaranya chalet manakala penggemar adventure boleh berkhemah.
Menariknya selain di atas bukit, dikelilingi dusun buah-buahan, anda boleh mandi di salah satu fasilitinya iaitu kolam renang bersaiz besar.
Bukan seperti tempat percutian biasa, kolam renang di sini menggunakan air bukit yang disalurkan terus ke kolam renang berkenaaan.
Bukan sahaja sesuai sebagai lokasi pengembaraan teman rapat, tempat ini juga sesuai sebagai percutian ahli keluarga dan pasangan berbulan madu.
Dengan pemandangan kolam renangnya menghadap banjaran Titiwangsa, anda akan terasa seperti berada di atas awan.
Siapa tak mahu bangun pagi, cuaca sejuk dengan kabus amat tebal, pastinya ia memberikan pengalaman percutian yang unik dan berbeza.
Kredit foto: Facebook Kuak Hill Resort
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live