Laman Utama

[FOTO] #TravelMana: Cara Indah Kenali Malaysia! Lelaki Ini Kongsi Kembara Naik Kereta Api Shuttle Pantai Timur, Turun Di Setiap Stesen

gempak
Azwa Rahman
08/10/2021
09:43 MYT
Sponsor Banner
[FOTO] #TravelMana: Cara Indah Kenali Malaysia! Lelaki Ini Kongsi Kembara Naik Kereta Api Shuttle Pantai Timur, Turun Di Setiap Stesen
Percutian menggunakan kereta api menjanjikan 1001 pengalaman dan pemandangan yang luar biasa. Selain daripada menggunakan kereta sendiri ataupun menaiki bas, jelajah kereta api di Malaysia adalah satu aktiviti yang anda harus cuba.
Di laman sosial Facebook, hantaran seorang pemuda mengenai perjalanannya menggunakan kereta api Shuttle Pantai Timur tular dan mencuri tumpuan ramai.
Mungkin ada yang belum tahu tentang kewujudan kereta api Shuttle Pantai Timur ini. Apa kata rancang percutian anda dengan menyelurusi keindahan Malaysia dengan cara ini.
Kereta Api Shuttle Pantai Timur akan berhenti di semua stesen dari stesen Kuala Lipis di Pahang ke Tumpat, Kelantan.
Gempak berkongsi kisah pengembaraan Radzi yang boleh anda jadikan panduan untuk jelajah kereta api anda sendiri kelak.
KERETA API SHUTTLE PANTAI TIMUR
Selain dari membawa sahabat dan kenalan, saya juga pernah membawa 2 orang pelancong dari Eropah menaiki Keretapi Shuttle Pantai Timur ini. Saya pecahkan perjalanan mereka kepada 5 hari sebab hendakkan mereka bermalam di beberapa lokasi, bagi merasa juadah dan bergaul dengan rakyat tempatan.
Mereka betul betul gembira dengan perjalanan tersebut. Walaupun keretapi kami bertolak lewat 5 jam, walaupun tidak mewah, tetapi mereka memang suka sangat. Ada seorang tu bagitahu, "you know Radzi, this trip is an absolute gem. Thank you for showing us your country this way."
Cumanya, mereka hairan kenapa produk ini tidak pernah langsung ada di dalam brosur atau bahan promosi pelancongan Malaysia. Langsung tiada apa apa maklumat berkenaan Keretapi Shuttle ini.
Pendek kata, Keretapi Shuttle ini lebih mendekatkan kita dengan orang tempatan, boleh berborak borak macam kawan yang dah lama tak berjumpa.
Pernah sekali, seorang mak cik meminta saya menghantar beberapa bungkus durian ke Stesen Pasir Mas. Dia kata, nanti ada orang yang akan mengambilnya dari saya, walaupun saya langsung tidak kenal orang tersebut. Sebelum keretapi bertolak, dia memberi saya sebungkus durian sebagai upah menjaga penghantaran tersebut.
KERETAPI SHUTTLE INI BERGERAK ULANG ALIK DI ANTARA KUALA LIPIS DAN TUMPAT. Disebabkan oleh PKP, berkemungkinan ada perubahan dengan jadual semasa. Keretapi ini bukan hanya setakat pengangkutan awam.
Ia adalah "blood vein" bagi banyak penduduk yang tinggal jauh dari jalan utama. Kepentingannya sangatlah tinggi. Saya nasihatkan jangan ambil perjalanan terus dari mula sampai tamat. Pecahkan kepada dua atau tiga hari. Bermalamlah di kampung atau pekan kecil di sepanjang laluan.
Saya berharap, sesiapa yang berkenaan di Kementerian Pelancongan, Perbadanan Aset Keretapi dan KTMB sendiri silalah ambil maklum.
Sayang sungguh melihat produk sebegini tidak dimanafaatkan dengan sebaiknya. Dengan banyaknya kekangan untuk melancong ke luar negara, inilah masa yang terbaik untuk mempromosikan pelancongan keretapi tempatan. Faedah ekonomi pun banyak. SANGAT BANYAK!!
Saya juga berharap, dengan perkongsian gambar gambar ini ia akan dapat membuka hati sahabat sahabat untuk meneroka, menjelajah dan melancong ke Pantai Timur melalui Keretapi Shuttle. Warga emas dan anak anak pun boleh ikut sekali.
InsyaAllah, bila sudah boleh merentas negeri nanti, Keretapi Keliling Semenanjung adalah di antara perjalanan yang akan saya buat secepat mungkin.
Sumber: Facebook Mohd Radzi Jamaluddin dan Libur Kredit foto: Facebook Mohd Radzi Jamaluddin
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live