Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

[FOTO] #TravelMana: Fefeling Di Tokyo, Festival Terbesar Jepun Nihon Matsuri Di Bukit Jalil Hingga Ahad Ini!

Azwa Rahman
30/07/2022 01:46 MYT
Kalau korang belum ada perancangan pada hujung minggu ini, apa kata luang masa ke festival Jepun terbesar yang kini sedang berlangsung di Kuala Lumpur.

Selepas kejayaan festival Bon Odori yang berlangsung pada 16 Julai lalu, sebuah lagi festival Japan Nihon Matsuri kini sedang berlangsung di perkarangan tempat letak kereta B, Stadium Nasional Bukit Jalil.



Mula dibuka kepada umum pada 27 hingga 31 Julai ini, Nihon Matsuri menghidangkan gastronomi terbaik negara Jepun yang terdiri daripada budaya, tradisi, seni persembahan dan makanan.

Paling menarik apabila perkarangan tempat letak kereta dihiasi bunga sakura bewarna merah jambu, cukup menawan sehingga membuatkan anda terasa berada di Tokyo, Jepun.



Festival ini dibuka pada jam 3 petang sehingga 11 malam dan setiap tiket pembelian boleh digunakan untuk aktiviti seharian.

Dianjurkan oleh Trumpet International Sdn Bhd, setiap tiket kemasukan dikenakan bayaran RM10 untuk mereka yang berusia 12 tahun ke atas. Kanak-kanak di bawah umur yang ingin menyertai festival ini, mereka perlukan ditemani oleh ibu bapa atau penjaga.

Tarikh: 27, 28, 29, 30, 31 Julai 2022

  • Masa: 3:00 petang – 11:00 malam

  • Lokasi: Tapak parkir B, Stadium Bukit Jalil

  • Harga tiket: RM 10.00 untuk dewasa (12 tahun dan ke atas)

    #Travel Mana #Festival Jepun #Bukit Jalil #Festival Jepun di KL #Nihon Matsuri