Bertuahnya orang-orang Johor! Sebuah pesta keriangan Euro Fun Park kembali beroperasi dah kali ini, Johor Bahru dipilih sebagai destinasi terbaru mereka.

Mula membuka pintu masuknya untuk kehadiran orang awam pada hari ini, pesta dengan bermacam-macam jenis permainan ini akan bertapak selama dua bulan sehingga 25 Mei 2021.



Euro Fun Park dibuka setiap hari bermula pada pukul 7 malam sehingga 12 tengah malam.

Terletak di Taman Desa Tebrau, Johor Bahru (berdekatan AEON Mall Tebrau City), ibu bapa tidak perlu risau untuk membawa anak-anak kerana proses sanitasi dilakukan setiap hari untuk keselamatan pengunjung.



Pesta ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu bahagian permainan keluarga, permainan kanak-kanak serta permainan ekstrem untuk mereka yang sukakan cabaran adrenalin.





Bayaran masuk dikenakan sebanyak RM5 bagi orang dewasa dan RM2 bagi kanak-kanak.

Dalam bersuka-ria, jangan lupa untuk mengamalkan langkah-langkah SOP seperti memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan sosial serta mengimbas kod MySejahtera.

Kredit foto: Instagram Euro Fun Park & Visit Johor