Restoran makanan segera terkemuka KFC telah membuka sebuah cawangan terbarunya di Bandar Bukit Raja Klang.

Jika sebelum ini ada outlet yang mempunyai identiti tersendiri seperti berkonsep Minangkabau di Kuala Pilah, kali ini KFC ini dibuka dengan bertemakan retro.



Memang lain daripada lain, inilah pertama kalinya restoran makanan segera ini membuka cawangan bertemakan retro di Malaysia.

Mula dibuka kepada umum pada 18 April yang lalu, ia memberikan pengalaman seperti berada di tahun 50-an dengan elemen vintage dan retro kepada pelanggan.



Pertama sekali, pelanggan akan disambut dengan sebuah KFC bucket gergasi di bahagian depan restoran, diinspirasikan daripada rangkaian makanan ringan old-school yang terkenal di Amerika Syarikat.

Jika anda memandu di sekitar kawasan Bukit Raja pada waktu malam, Bucket KFC Gergasi ini akan menyala dan pasti anda tidak akan terlepas pandang.



Bukan sahaja reka bentuk luarannya yang memukau, jika anda menjejakkan kaki ke dalam, dekorasi dalaman sangat cantik dengan perincian cahaya lampu 50-an, kerusi meja yang vintaj serta hiasan dinding merah putih.



Apa kata rancang buka puasa anda bersama keluarga dan teman-teman di sini. Tapi sebelum makan tu, bolehlah OOTD dulu.