Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Selasa.

Serentak dengan itu, nama beliau menjadi antara topik paling hangat dan trending di media sosial dalam kalangan netizen terutamanya Twitter.

Selain dihujani ucapan tahniah, nama beliau juga menjadi carian netizen, rata-ratanya mahu mengenali lebih dekat siapa Onn Hafiz ini.

Jadi, Gempak kongsikan perkara menarik tentang Menteri Besar Johor Ke-19 ini yang perlu anda tahu:

#1 Datuk Onn Hafiz bin Ghazi dilahirkan pada 2 Mac 1979.

#2 Beliau berasal dari Simpang Renggam, Johor.

#3 Menerima pendidikan di Universiti of Hertfordshire, United Kingdom dengan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan.

#4 Kerjaya politiknya bermula selepas menyertai Pemuda UMNO Sembrong pada 2006 dan menjadi Ahli Jawatankuasa (AJK).

#5 Beliau seterusnya diangkat sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Sembrong pada 2008 hingga 2012 sebelum dilantik Ketua Pemuda UMNO Sembrong selama tujuh tahun.

#6 Di peringkat Pemuda Malaysia, beliau menang pertandingan merebut kerusi Exco Pemuda UMNO pada 2012 hingga 2018.

#7 Pertama kali bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14, beliau menang dengan mendapat 7,449 undian.

A post shared by Onn Hafiz (@onnhafiz)


#8 Merupakan anak saudara kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan cicit pengasas dan bekas Presiden UMNO, Datuk Onn Jaafar.



#9 Beliau mendirikan rumah tangga bersama Datin Sharmin Fazlina Mohd Shukor dan mempunyai empat orang anak.

A post shared by Onn Hafiz (@onnhafiz)


A post shared by Onn Hafiz (@onnhafiz)

A post shared by Onn Hafiz (@onnhafiz)

A post shared by Onn Hafiz (@onnhafiz)

A post shared by Onn Hafiz (@onnhafiz)



Sumber: Awani, Sinar Harian, CNA, Twitter