Foto Yang di-Pertuan Agong Beratur Beli KFC Viral!

Kamaruddin Razal
Jun 22, 2019 10:59 MYT
Foto Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah mencemar duli beratur dan membeli ayam goreng KFC di Temerloh, Pahang semalam menjadi tular di laman sosial.
Foto-foto terbabit dikongsikan di laman Facebook Bernama News Channel serta telah viral di laman Twitter.
"Comel lah Agong beli KFC!" tulis seorang pengguna Twitter bernama @taeyong dalam sebuah entri.

COMEL LAH AGONG BELI KFC! ? pic.twitter.com/fTBwEEjzvd

— ?️‍?? t a e t a e ??️‍? (@taeyong) June 21, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Entri terbabit mendapat lebih 13,000 ulang kicau serta 16,000 likes.
Kisah terbabit turut dikongsikan di laman Facebook Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin yang turut bersama Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
di KFC terbabit.
Difahamkan, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong baru sahaja melawat mangsa-mangsa ribut di Temerloh.
#Viral #Viral #Yang di-Pertuan Agong