Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Fouziah Gous Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Ahmad Shah 26/11/2015 | 16:10 MYT

Pelakon Fouziah Gous selamat melahirkan anak pertamanya di Darul Ehsan Medical Center (DEMC), Shah Alam pada Khamis.

Berita gembira itu disahkan sendiri oleh suaminya, Md Zhafran Md Yusof yang telah memuat naik sekeping foto beserta kapsyen ‘Alhamdulillah’ menerusi akaun Instagram miliknya.
“My Utmost Gratitude to Allah swt ..Alhamdulillah ,Isteri saya @fouziahgous Sudah selamat melahirkan anak. Terima Kasih atas Doa yand di panjatkan.
"Semoga anak ini menjadi anak yang soleh ... #syukurlah @zhafoujr @fouziahgous #zhafou #demc #gratitude.” tulisnya.
*Suami kepada Fouziah Gous, Zhafran melahirkan rasa syukur dengan kehadiran cahaya mata pertama mereka.*
Sehingga kini, Instagram Fouziah Gous dan suaminya dihujani dengan ucapan tahniah oleh peminat dan mereka juga tidak sabar untuk melihat bayi comel pasangan berkenaan.
Fouziah Gous dan Md Zhafran Md Yusof berkahwin pada 21 September 2013 selepas mengikat tali pertunangan pada 1 Jun 2013.
Teks Oleh: Mya Amri

#Fouziah Ghous
;