Fouziah Gous Terpaksa Cerai Susu Anak Selepas Payudara Bernanah…
Syafiqah Jalal
13/12/2019 12:00 MYT
13/12/2019 12:00 MYT
Pelakon Datin Fouziah Gous mendedahkan dia terpaksa menceraikan susu anak keduanya, Zaheen Yusof, 2, selepas payudaranya mula bernanah.
Menurut Fouziah apa yang berlaku ada hikmahnya kerana ia terjadi sebelum dia dan suami, Datuk Mohd Zhafran Md Yusof berangkat ke tanah suci Makkah untuk mengerjakan umrah pada awal tahun ini.
“Saya menyusu penuh anak kedua saya sejak dia lahir namun saya terpaksa memberhentikannya selepas payudara saya didapati bernanah.
“Mungkin ia berlaku kerana anak saya menyusu dengan banyak dan agak kasar, biasalah anak lelaki.
“Tapi apa yang berlaku ada hikmahnya kerana ia terjadi sebelum kami sekeluarga mengerjakan umrah.
“Jadi ibadah saya di sana juga menjadi lebih mudah dan saya mula memberikan anak saya susu formula. Alhamdulilah ia dipermudahkan,” katanya kepada Gempak.
Pengasas FG Walet itu ditemui selepas sambutan hari jadinya yang diadakan di Artelia, Bangsar Shopping Centre, semalam.
Sambutan hari jadi tersebut diadakan Fouziah khas buat rakan media yang selama ini menyokong kerjaya seninya.
“Sebenarnya ini pertama kali saya adakah majlis hari jadi untuk saya sendiri. Selama ini orang lain yang akan adakan majlis atau kejutan untuk saya.
“Bayangkan, dengan keluarga dan rakan pun saya tidak pernah anjurkan majlis seumpama ini.
“Tidak sangka idea saya untuk menyambut hari jadi bersama rakan media disambut baik oleh kedai kelengkapan rumah dan dapur, Artelia yang membantu menyediakan venue acara,” katanya lagi.
Fouziah turut menerima kejutan dari Artelia apabila menerima hadiah set minuman dari Noritake.
Fouziah berkahwin dengan Datuk Mohd Zhafran Md Yusof pada 21 September 2013 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Zeeshan, 4, dan Zaheen Yusof,2.