Sudah lima minggu konsert Suara Viral yang menampilkan barisan frontliners beraksi mempamerkan bakat nyanyian masing-masing.

Antara yang menjadi tumpuan termasuklah peserta Farah yang merupakan seorang tentera.

Apa yang menariknya, sepanjang bersiaran, rakan-rakan seperjuangannya yang berpangkalan di Kem Wardieburn, Setapak, Kuala Lumpur, tak pernah lekang memberi sokongan kepada Farah setiap minggu.

Bahkan, perkara itu turut dikongsikan Farah di Instagram yang terharu dengan rakan-rakannya, khususnya daripada pasukannya, Kombo Rejimen Renjer Diraja.

"Terima kasih banyak-banyak untuk gambar ini @komborrd. Walaupun penat dengan kerja tapi masih lagi tengok konsert Suara Viral.

"Terima kasih kerana menyokong Farah tanpa henti. Sokongan anda amat Farah hargai. Terima kasih sekali lagi. Sayang anda semua," tulis Farah.

Dalam posting tersebut kelihatan anggota tentera berkumpul berama-ramai di ruang makan untuk menonton konsert Suara Viral bersama-sama.

Tq so much this photos @komborrd .. walaupun penat dgn kerja tp still lg tgk konsert @official_suaraviral2020 .. terima kasih kerana menyokong Farah @farahsv_fc tanpa henti .. sokongan anda amat Farah hargai .. Terima Kasih sekali lagi .. ❤❤❤ Love You All .. #suaraviral2020 #suaraviral #teamfarah #farahsuaraviral #astrogempak #astroprima #astroprimahd #astroria #astromalaysia #kakakaskar #angkatantenteramalaysia #tenteradarat #askarwataniah #komborrd #komborejimenrenjerdiraja #rejimenrenjerdiraja

A post shared by Farah.suaraviral (@farah.suaraviral) on


Wah! Ini betul-betul penyokong tegar ni.

Jadi, jangan lupa tonton persembahan Farah yang bakal membawakan lagu Tangisan Marhaenis nyanyian asal Hattan di konsert minggu keenam Rabu ini.

Bertemakan Duet, Farah bakal bergandingan dengan Naqiu dalam persembahannya nanti.



Dalam pada itu, jangan lupa untuk mengundi peserta Suara Viral Paling Gempak pilihan anda di sini.

Undian dibuka pada pukul 11 malam sejurus selesai konsert mingguan yang diadakan pada setiap Rabu selama lima hari.

Suara Viral yang dibawakan oleh Nivea selaku penaja utama itu bersiaran menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) bermula 17 Jun, setiap Rabu pada pukul 9 malam.

Dihoskan oleh Datuk AC Mizal, penonton juga boleh menyaksikan persiapan para peserta menerusi 'Jom Intai Suara Viral' yang akan ditayangkan pada setiap Isnin dan Selasa pukul 6.55 petang.

Bagi pilihan yang lebih fleksibel, penonton juga boleh menyaksikan program tersebut secara strim menerusi aplikasi Astro GO.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Suara Viral, layari www.gempak.com/suaraviral.