Drama bersiri ‘Hati Yang Dikhianati’ merupakan drama adaptasi daripada telenovela popular Venezuela, ‘My Three Sisters’ atau lebih dikenali dengan judul asalnya ‘Mis Tres Hermanas’.

Kisah melodrama yang diterajui oleh Ricardo Alamo, Scarlet Ortiz dan Roberto Moll pada ketika itu pernah mencetuskan fenomena luar biasa ketika siri tersebut ditayangkan di Malaysia sekitar tahun 2002.

Karya ‘Mis Tres Hermanas’ versi Malaysia ini diarahkan oleh sutradara Riza Baharuddin serta turut menampilkan barisan penulis skrip yang diketuai oleh Eenaz Mokhtar.

Antara barisan pelakon yang membintangi drama bersiri ini termasuklah Isyariana, Amar Baharin, Mona Allen, Zamarul Hisham, Che Puan Syamim Farid, Afifah Nasir, Arena Iman, Shah Iskandar, Mia Nasir, Fazlina Ahmad Daud, Sahronizam- Noor serta ramai lagi.

Ini Trivia Menarik Drama ‘Hati Yang Dikhianati’:Drama ‘Hati Yang Dikhianati’ boleh ditonton menerusi slot Tiara secara eksklusif pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 12 April 2021 di saluran Astro Prima (105) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

[[BACA: Dramatik! Netizen Diberi Kuasa Veto Tentukan Pengakhiran Hati Yang Dkhianati]]