Laman Utama
Fuh! Baru Dua Episod Dah 'Memberi' ‘Mis Tres Hermanas’ Malaysia Ni...Nah! Ini Trivia Menarik Mengenainya!
Drama bersiri ‘Hati Yang Dikhianati’ merupakan drama adaptasi daripada telenovela popular Venezuela, ‘My Three Sisters’ atau lebih dikenali dengan judul asalnya ‘Mis Tres Hermanas’.
Kisah melodrama yang diterajui oleh Ricardo Alamo, Scarlet Ortiz dan Roberto Moll pada ketika itu pernah mencetuskan fenomena luar biasa ketika siri tersebut ditayangkan di Malaysia sekitar tahun 2002.
Karya ‘Mis Tres Hermanas’ versi Malaysia ini diarahkan oleh sutradara Riza Baharuddin serta turut menampilkan barisan penulis skrip yang diketuai oleh Eenaz Mokhtar.
Antara barisan pelakon yang membintangi drama bersiri ini termasuklah Isyariana, Amar Baharin, Mona Allen, Zamarul Hisham, Che Puan Syamim Farid, Afifah Nasir, Arena Iman, Shah Iskandar, Mia Nasir, Fazlina Ahmad Daud, Sahronizam- Noor serta ramai lagi.
Ini Trivia Menarik Drama ‘Hati Yang Dikhianati’:
- Audiens boleh mula menghantarkan sebarang idea, cadangan atau maklum balas untuk drama ‘Hati Yang Dikhianati’ selepas dua minggu drama ini mula ditayangkan iaitu pada 23 April 2021 di platform rasmi Gempak.
- Perubahan naratif penceritaan dan plot twist serta pembinaan watak berdasarkan maklum balas audiens dan jumlah tontonan semasa akan mula disuntik pada episod 40 dan seterusnya.
- Amar Baharin yang memegang watak sebagai ‘Zuhri Elyas’ atau ‘Santiago’ dalam naskhah asal mengambil keputusan untuk berpindah ke Perlis buat sementara waktu bersama keluarganya yang tercinta bagi memberikan sepenuh komitmen untuk menjayakan penggambaran drama ini.
- Sebelum ini, Amar Baharin juga pernah memegang watak utama dalam beberapa buah drama di slot Tiara, Astro Prima. Antara drama-drama yang pernah dijayakan termasuklah ‘Jodoh-Jodoh Annisa’ dan ‘Akadku Terakhir’.
- Semasa naskhah asal ‘Mis Tres Hermanas’ disiarkan buat pertama kali di Malaysia sekitar tahun 2002, Amar Baharin masih lagi di bangku sekolah menengah.
- Pelakon berbakat kelahiran program realiti Akademi Fantasia, Isyariana yang memegang watak utama sebagai ‘Lisa’ turut berpadu suara dengan penyanyi baharu Dean Eiman bagi menjayakan lagu runut bunyi untuk drama ‘Hati Yang Dikhianati’. Lagu yang sama dalam versi asal berjudul ‘Purest of Pain’ atau dalam Bahasa Sepanyol ‘A Puro Dolor’ telah dinyanyikan oleh Son By Four.
- Penggambaran drama ‘Hati Yang Dikhianati’ masih berjalan dan sehingga kini sudahpun mengambil masa lebih kurang 90 hari. Antara lokasi penggambaran yang terlibat termasuklah di sekitar Lembah Klang, Melaka dan Perlis.
- Selain itu, pihak produksi juga mengambil keputusan untuk mengubah lokasi penggambaran ke Perlis dan bergegas ke sana dalam masa 24 jam untuk mengelakkan sebarang kesulitan di lokasi. Ketika itu, lokasi asal di sekitar Kuala Lumpur telah diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP) pada awal tahun yang lalu.
- Aspek keselamatan merupakan antara cabaran terbesar yang harus ditempuhi sepanjang pembikinan drama ini kerana terdapat banyak babak yang melibatkan kawasan pembinaan.
Must-Watch Video