Selepas kejayaan filem 'live action' Aladdin, Disney sekali lagi mengeluarkan satu naskah yang diadaptasi daripada animasi epik mereka iaitu Mulan.

Malah, sejak trailer rasminya dilancarkan beberapa minggu lalu, Mulan telah membuatkan peminat siri animasi itu tidak senang duduk.

Tidak cukup dengan itu, kelmarin juga pihak Disney telah melancarkan beberapa poster menunjukkan pelakon utama yang bakal membintangi filem berkenaan.

Apa yang membuat filem ini nampak 'mahal' adalah barisan pelakonnya yang boleh dikatakan terdiri daripada 'A-list'.

Antara yang didedahkan termasuklah Donnie Yen, Jet Li, Gong Li, Yoson An dan Jason Scott Lee.

Pengumuman ini secara tidak langsung telah menjadikan filem Mulan antara yang paling dinanti-nantikan tahun ini.

Untuk makluman, filem Mulan dijangka ditayangkan pada 27 Mac 2020.

Anda boleh lihat trailer rasmi Mulan di bawah.
iframe width=866 height=360 src=httpswww.youtube.comembedKK8FHdFluOQ frameborder=0 allow=accelerometer; autoplay; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture allowfullscreeniframe