"Fuh, First Time Menang Untuk Negara" - Jihan Muse Menang Persembahan Komedi Terbaik di Asian Academy Creative Awards 2019

Kamaruddin Razal
Disember 8, 2019 04:52 MYT
Pengacara dan pelawak Jihan Muse meraih trofi Persembahan Komedi Terbaik di Asian Academy Creative Awards 2019 menerusi lakonannya dalam drama bersiri Keluarga Baha Don.
Berkongsi berita gembira ini di laman Instagram miliknya, pengacara Gegar Vaganza ini meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga.
"Alhamdulillah.. Semua atas izin Allah. Tonight is the FINALE. And I just won BEST COMEDY PERFORMANCE in @asianacademycreativeawards yang sedang berlangsung di Singapura sekarang. Fuh first time menang untuk NEGARA.
"Tahniah juga #keluargabahadon pun menang BEST COMEDY PROGRAMME. Yay!
Congrats @anomalousfilms @susan_lankester @viumalaysia and semua team #keluargabahadon!
"Thank you @kyerography wakilkan saya ambil award kat sana. Sorry boss saya shooting kat sini. Alhamdulillah terima kasih semua yang terlibat.
"Thank you suami tercinta @ungkuhariz kerana merestui isterinya yang suka kerja ni," tulis Jihan.
Berlangsung di Victoria Theatre, Singapura, drama bersiri Keluarga Baha Don turut meraih trofi Program Komedi Terbaik.
Di ruangan komen, rata-rata peminat melayangkan ucapan tahniah kepada Jihan dan turut bergembira dengan kemenangan yang diperolehinya.
#Pelawak #Jihan Muse