Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Fuh! Hebat-Hebat Pelakon 'Ali Alia' Weh....Korang Wajib Tengok Drama Arahan Heykal Hanifah Ni!

Fiza Kamarudin
24/08/2021 12:41 MYT
Selepas drama ‘Siapa Jaga Mak’ melabuhkan tirainya semalam, Astro Prima membawakan sebuah lagi karya hebat di slot Tiara berjudul Ali Alia.

Drama ini turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Rusdi Ramli, Fimie Don, Erynne Erynna, Faezah Elai, Fahrin Ahmad, Jay Iswazir, Kodi Rasheed, Mior Hashim Manap, Usop Wilca, Sabrina Ali, Faradhiya, Sharifah Juairiah dan Rashid Jaafar.

Idea asal drama 13 episod terbitan syarikat produksi, Luqsar Kreatif Sdn. Bhd ini dicetuskan oleh bekas pengacara dan pelakon terkenal sekitar tahun 90-an yang kini aktif dalam bidang penulisan serta pengarahan, Rina Khan serta turut menampilkan sutradara berkaliber, Heykal Hanifah selaku pengarah.



“Selepas 11 tahun tidak menghasilkan sebarang karya untuk Astro, saya amat teruja dengan ‘comeback’ menerusi naskhah ‘Ali Alia’ yang sesuai ditonton oleh segenap lapis masyarakat.

“Kekuatan ‘Ali Alia’ terletak kepada plot penceritaan, skrip dan lakon layar yang realistik. Walaupun agak berat dan penuh konflik, namun dekat dengan hati penonton kerana ia mengetengahkan hubungan kekeluargaan serta kasih sayang di antara adik beradik kembar dan ibu bapa.

“Saya amat gembira dengan keserasian barisan pelakon hebat yang terlibat dalam menjayakan drama ini. Kriteria pemilihan pelakon bukanlah berdasarkan populariti tetapi mengikut tuntutan karya asal yang diilhamkan oleh Rina Khan.

“Sungguhpun mereka tidak mempunyai jumlah pengikut yang ramai di laman Instagram, namun rata-rata pernah menang anugerah dalam bidang lakonan,” kata Heykal ketika majlis sidang media secara virtual petang Selasa.


Tambah Heykal lagi, mesej utama yang ingin disampaikan menerusi naskhah ini ialah tentang kepentingan hubungan kekeluargaan.

“Jika ibu bapa saling berantakan, ia pasti mengundang masalah kepada seluruh keluarga sehingga berpecah belah.

“Namun, segala perselisihan dapat diketepikan untuk kembali bersatu demi kepentingan anak-anak tercinta yang menjadi keutamaan.

“Selain itu, gambaran suka duka membesarkan anak autistik kurniaan Allah SWT yang boleh menjadi kunci untuk kita masuk syurga turut dipaparkan.

“Sebagai ibu bapa, jangan sesekali kita mempersiakan tanggungjawab yang diberi kerana implikasinya amat besar.

“Sekiranya ada masalah atau ‘stress’, ambillah pendekatan yang baik dan positif. Jadikan perkara positif yang disuntik dalam kisah Ali Alia ini sebagai insipirasi, panduan dan teladan, sementara yang buruk pula hendaklah dijadikan sempadan.



“Saya berharap agar drama ini akan beri impak positif sekaligus memikat hati penonton,” katanya.
Drama ‘Ali Alia’ bakal bersiaran menerusi slot Tiara secara eksklusif pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 24 Ogos 2021 di saluran Astro Prima (105) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Sinopsis
Drama bersiri ‘Ali Alia’ memaparkan kisah kepincangan sebuah keluarga urban yang nampak mewah, hakikatnya mereka adalah sebuah keluarga yang ‘miskin’ dalam banyak perkara. Mazni dan Amir mempunyai sepasang anak kembar yang sudah remaja bernama Ali dan Alia. Ali dilahirkan normal, manakala Alia pula seorang remaja autistik.

Autisme membuatkan Alia mengalami keterbatasan dalam banyak perkara, terutamanya kemampuan berkomunikasi. Mujur Alia mempunyai kembar, Ali, yang mampu memahami ‘percakapan’nya dengan baik, membuatkan Alia tidak boleh berjauhan dari Ali. Akibatnya, Ali terpaksa menjalani homeschooling bagi memudahkan kehidupan Alia yang bergantung padanya.

Tapi Ali, tidak pernah mengeluh. Dia tahu, sebagai ‘abang’ dia harus bertanggungjawab dan memahami keperluan kembarnya yang autism.

A post shared by RFD (@realfimiedon)


Pada masa yang sama, ibu bapa mereka Mazni dan Amir juga mempunyai dilema mereka yang tersendiri. Mazni yang berjawatan tinggi dan disegani dalam sektor korporat, sudah tidak sanggup untuk terus meikul tanggungjawab sebagai breadwinner dalam keluarga. Manakala Amir pula semakin hari semakin hilang keyakinan diri apabila perniagaan yang telah dua tahun diusahakannya tidak membuahkan hasil.

Segala permasalahan yang berlaku dalam keluarga ini menyebabkan pada suatu hari, Ali mengambil keputusan drastik untuk lari dari rumah dan membawa Bersama adiknya Alia. Namun dunia luar tidaklah seindah yang disangka, tambahan pula untuk insan autisme.
#Astro Prima #Erynne Erynna #Ali Alia #Fimie Don
;