Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Fuh! Nik Pakai Baju Peloton 2k!” – Nampaknya 'Kaki Kayuh' Pun Tonton ABBC

Fiza Kamarudin
16/06/2021 10:45 MYT
Ragam Ahli Bapak Bapak Club (ABBC) iaitu Joe (Aiman Hakim Ridza), Bob (Luqman Hafidz) dan Nik (Steve Yap) setiap minggu sering menjadi perhatian penonton.

Mana tidaknya, setiap episod ada sahaja ‘benda’ yang mereka lakukan atau tidak terjangka berlaku! Lepas tu masing-masing mulalah cari ‘jalan keluar’.

Setiap minggu episod ABBC semakin menghiburkan dan warganet sudah mula membawang mengenai mereka!

Yang terbaru, di laman sosial Twitter ramai ternganga bila tengok Nik sarung jersey basikal berjenama Peloton 2K. Fuhhhh! Cool Nik!

Nampak sangat yang menulis ciapan ni kaki kayuh! Tajam betul mata dia ya...

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ada juga yang menganggap Joe sebagai ‘fashion disaster’! Alamak Joe…Macam mana nak pikat bini semula ni?

Kepada yang belum pernah menonton, Joe ni seorang duda anak satu yang cuba nak pikat balik isterinya seorang instafamous cantik jelita. Tapi….
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Dalam episod malam ini memaparkan ragam Nik apabila dapat tahu bekas suami kepada isterinya kembali!

Alamak! Macam mana ni? Nik ni sudahlah tidak disukai oleh dua orang anak tirinya tu. Agak-agak berjaya ke Nik pertahankan rumah tangganya?

Kalau nak tahu kesudahannya, jangan lupa tonton drama bersiri 10 episod arahan sutradara Tam Suhaimi, idea asal tenaga kreatif Gempak dengan kerjasama syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd ini ya!

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)


Drama bersiri ‘Ahli Bapak Bapak Club’ bersiaran pada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104).

ABBC juga boleh distrim menerusi portal Gempak, aplikasi Astro GO dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Manakala kapsul istimewa dalam format temu bual yang memaparkan pelbagai perkongsian santai pengalaman, nasihat serta tips menjadi bapa yang baik dan cool menampilkan karakter utama ‘Ahli Bapak Bapak Club’ iaitu Joe (Aiman Hakim Ridza), Bob (Luqman Hafidz) dan Nik (Steve Yap) pula ditayangkan pada setiap hari Rabu, jam 10.00 malam secara eksklusif di kesemua platform digital Gempak.
#Luqman Hafidz #Aiman Hakim Ridza #Ahli Bapak Bapak Club #Steve Yap #ABBC