Unik dan lain daripada yang lain.

Itu ungkapan spontan apabila melihat rekaan dan dekorasi penginapan yang dibina menggunakan struktur bas ini.

Terletak berhampiran Bukit Maxwell, Taiping, penginapan ini membolehkan orang ramai menikmati pengalaman bermalam di dalam bas yang diubah suai.

Menerusi gambar yang dimuat naik di platform Airbnb ini, bas tersebut lengkap dengan tilam, kipas, lampu seperti mana di hotel dan resort yang lain.


Walaubagaimanapun, tiada tandas disediakan di dalam bas berkenaan.

Namun, apa yang menariknya, beberapa bahagian bas seperti tempat duduk pemandu dan stereng masih dikekalkan.

Selain itu, kawasan penginapan ini juga menarik apabila ia dikellilingi alam semula jadi, jauh daripada kesibukan kota.

Difahamkan harga 'hotel bas' ini bermula RM129.

Buat anda yang teringin bercuti dengan gaya unik mungkin boleh cuba bas ini.