Fuh! Pentingnya Wi-Fi…Kenapa? How Not To Lose Your Job Episod 4 Ada Jawapannya!
Fiza Kamarudin
22/06/2020 14:38 MYT
22/06/2020 14:38 MYT
Tahu tak Wi-Fi merupakan singkatan dari Wireless Fidelity iaitu sebuah media penghantar komunikasi data tanpa kabel yang boleh digunakan untuk komunikasi atau memindahkan program dan data dengan kemampuan yang sangat cepat?
Di era millennial, tanpa jaringan Wi-Fi rasa macam tak lengkap hari kita kan? Mana tidaknya ramai di antara kita memilih untuk lepak di Café yang ada Wi-Fi percuma! Betul tak?
Pentingnya Wi-Fi untuk kita pada hari ini kerana mudah nak akses maklumat walau di mana saja kita berada, terutama bagi mereka yang berkerja secara mobil contohnya pemberita.
Mereka perlu cepat dalam melaporkan berita, lebih-lebih lagi kalau ia sensasi atau Boss sedang mengejar deadline! Nak atau tak nak, kenalah cari tempat yang ada Wi-Fi (kalau kat rumah tak ada).
Lagi pun ramai yang prefer Wi-Fi percuma sebab nak jimat data telefon! Kalau dah terpaksa sangat, barulah masing-masing guna…(Baik mengaku)!
Dalam episode empat sitkom komedi How Not To Lose Your Job membuktikan betapa pentingnya jaringan Wi-Fi terutama di pejabat.
Jangan jadi macam pejabat Miss JJ, Boss kedekut dan berkira sampai tumpang Wi-Fi orang lain. Akhirnya staff kena keluar dan cari Wi-Fi kerana masing-masing tak nak gunakan data telefon (Boss tak bagi claim…ish!)
Mujurlah, Miss JJ (lakonan Sangeeta) dan rakan-rakannya, A.M Fansuri (Taufiq Izmir Tawaff), Lola (Dee Al Hadi), Hup Hee (Tang Meng Kheng) dan Julian (Charles Robert) pekerja dedikasi! Sanggup keluar dari pejabat semata-mata nak cari Wi-Fi.
Terpaksalah, sebab Boss nak juga berita sensasi untuk gerakkan portal baru dan mereka kena bekerja keras untuk buktikan kepada Boss yang skandal mengenai seorang orang kenamaan adalah benar.
Apa How Not To Lose Your Job episode keempat ini? Dan kenapa semua marah sangat pada Amu Ratnam (lakonan Sukania Venugopal)? Jom tonton sekarang:
[EPISOD PENUH] How Not To Lose Your Job - EPISOD 4 - Bawang Inc Diuji Lagi!
Jangan lupa saksikan sitkom mencuit hati ini yang ditayangkan pada setiap Isnin, pukul 9.30 malam ini di laman web Gempak dan di laman web Rojak Daily, pada hari yang sama bermula jam 9 malam atau menerusi televisyen di Hello! (saluran 702), 8.15 malam.