Impian Mummy Jerung atau Sofiaa Marieylla kini menjadi kenyataan apabila disunting menjadi artis di bawah naungan Rocketfuel Indie Space Station (ISS).
“Rasanya semua orang tahu yang tagline Skuad Jerung Merah merupakan sebahagian daripada gimik pemasaran perniagaan saya di media sosial sangat sinonim dengan saya, sehinggalah video-videotersebut menjadi viral di TikTok dan disebut-sebut masyarakat Malaysia.
“Dan tak disangka-sangka, rupa-rupanya pihak Rocketfuel berkenan menjadikan saya sebagai artis rakaman dan saya terima pelawaan tersebut dengan hati yang terbuka kerana inilah peluang keemasan yang saya nanti-nantikan selama ini,” katanya.
Sofi Marieyla atau nama sebenarnya Wan Siti Mariam Wan Mahyudin muncul dengan single berjudul ‘Akulah Jerung Merah’ hasil ciptaan komposer berpengalaman, Hadi Rumnan dan penulis lirik berbakat, Ajim Maze.
“Ramai yang tak percaya pada mulanya, akhirnya berkat kesabaran dan kesungguhan dalam bidang perniagaan, dapat juga saya hadir dengan single sendiri,” kata penyanyi berusia 24 tahun ini.
‘Akulah Jerung Merah’ merupakan sebuah lagu bergenre pop rancak Kemelayuan yang santai dengan ritma yang catchy bagi menambat hati para pendengar. Manakala bait-bait korusnya senang diingati dan pasti menjadi siulan anak-anak remaja dengan jalan ceritanya yang menghiburkan.
“Jalan cerita lagu ni simple je, ia mengenai Mummy Jerung iaitu saya sendiri yang melalui proses percintaan bersama seorang pemuda dengan pengakhiran yang bahagia, kiranya sehingga ke jinjang pelamin.
“Saya juga amat teruja dan terkejut apabila proses rakaman lagu serta pembikinan video muzik (MV) dapat disiapkan dalam beberapa hari saja oleh pihak Rocketfuel yang sangat profesional. Memang bestlah bekerja dengan team Rocketfuel!,” kata wanita berasala dari Marang, Terengganu ini.
Sementara itu Ketua Label & Penerbitan Rocketfuel Entertainment dan ISS, Jipie berkata Sofiaa memiliki suara yang bagus dan potensi besar dalam bidang nyanyian.
“Saya nampak potensi yang ada pada Sofiaa sebagai penyanyi, beliau mempunyai suara yang bagus yang boleh diketengahkan ke arena mainstream, selain mempunyai pengikut yang ramai di media sosial ditambah pula dengan konten-kontenya yang viral,” katanya.
Dalam pada Sofiaa berharap agar kerjaya terbaharunya ini akan berkembang dan single sulung Akulah Jerung Merah mendapat sokongan ramai.
“Saya yakin dengan kerjasama padu Rocketfuel ini dalam mengembangkan karier saya sebagai penyanyi supaya lebih meluas dan meroket sehingga ke angkasa!
“Semoga single ‘Akulah Jerung Merah’ mendapat tempat di hati para pendengar masyarakatMalaysia dan berilah peluang buat anak tempatan untuk terus maju jaya dalam pebagai bidang.
Lagu ‘Akulah Jerung Merah’ boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer.
Manakala MV single ini pula boleh ditonton secara eksklusif hanya di YouTube RocketFuel Network.
Fiza Kamarudin
Mon Nov 01 2021


NIZAM JENTIK-JENTIK KELAKOR KE?| Borak Dulu Baru Kamu
Bukan senang nak buat lawak. Ada disiplin dia sendiri okay. Ni Nizam Jentik- Jentik nak share ilmu sikit. Tapi teka-teki dia lawak ke? Korang kena dengar sendiri! #BorakDuluBaruKamu #BDBK #ZonLawak Muzikal Lawak Superstar 3, setiap Jumaat jam 9.00 malam di Astro Warna atau strim di Astro GO.
![[VIDEO] “Terima Kasih Datuk” – Ning Baizura Hargai Kata-Kata Semangat Daripada Siti Nurhaliza [VIDEO] “Terima Kasih Datuk” – Ning Baizura Hargai Kata-Kata Semangat Daripada Siti Nurhaliza](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/whatsapp-image-2022-08-12-at-9-36-54-am.jpeg?ext=.jpeg)
[VIDEO] “Terima Kasih Datuk” – Ning Baizura Hargai Kata-Kata Semangat Daripada Siti Nurhaliza
Ning Baizura terima kasih pada Siti Nurhaliza
![[VIDEO] Kan Manis Macam Ni... - Eyka Farhana Bertudung, Netizen Kata Iras Fazura, Amyra Rosli [VIDEO] Kan Manis Macam Ni... - Eyka Farhana Bertudung, Netizen Kata Iras Fazura, Amyra Rosli](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/whatsapp-image-2022-08-12-at-9-36-56-am-(1).jpeg?ext=.jpeg)
[VIDEO] "Kan Manis Macam Ni..." - Eyka Farhana Bertudung, Netizen Kata Iras Fazura, Amyra Rosli
Ayu manis muka Eyka Farhana

Nama Dipetik Dalam Live Neelofa, Fazura: “Saya Rasa Ini Tiada Kena Mengena Dengan Saya”
Fazura kata isu berkenaan tiada kena mengena dengan dirinya

Kena Reject Crush, Mulut Laser, Ini Top 5 Karakter Dari Hantu Raya Pergi Perang Paling Relatable
Macam terkena batang hidung sendiri ni huhuhu.

“Saya Penyanyi Dangdut Tak Kan Nak Berdiri Tegak”- Ifa Raziah Jawab Dakwaan Bergelek Di Majlis Akikah
Ifa Raziah Jawab Dakwaan Bergelek Di Majlis Akikah

Salih Yaacob Request Nak Nampak Gigi ‘Rongak’? Semak 3 Momen Menarik Shooting Kalut Nak Kahwin
Memang steady la Salih Yaacob

MLS3: Rupanya Sharif Dah Aim Namie 2 Tahun Lepas! - “Abang Nampak Kau Macam Ada Something Lah”
Ada sebab kenapa Namie tak masuk MLS sebelum ini.

Momen MLS3: Tak Berhenti Jadi Guru, Namie Hanya Ambil Cuti, Katil Zahid Patah & Juri Cringe?
Macam-macam hal eh masing-masing di minggu ketiga hari tu.

Tak Sedar Diri Popular, Prilly Latuconsina Beri Nombor Telefon Pada Peminat
Bintang filem dan pelakon Prilly Latuconsina menceritakan pengalaman lucu sewaktu dirinya awal terbabit dengan dunia seni.