Penyanyi popular Ed Sheeran akan mengadakan konsert secara atas talian pada 13 November ini yang akan disiarkan secara langsung, ekslusif oleh JOOX bermula jam 8 malam.

Konsert ini istimewa buat pengguna VIP Berbayar di Malaysia, Hong Kong & Macau, Indonesia, Thailand dan Myanmar.

Serentak pada hari sama Sheeran juga akan mempromosikan album baharu berjudul ‘=’,
yang kini juga telah tersedia di pustaka muzik JOOX.

Konsert ini membolehkan peminat merasai sendiri keunikan muzik pop Sheeran selepas dia kembali dari berehat di musim pandemik Covid-19.

Sheeran pada malam konsert itu nanti akan menyanyikan lagu-lagu single hit baharunya seperti ‘Bad Habits’, ‘Shivers’, ‘Overpass Graffiti’, dan ‘Visiting Hours’.

“Album baharu saya ‘=’ ialah album sangat bermakna dan sangat peribadi buat diri saya sendiri. Saya menganggapnya sebagai album saya yang semakin dewasa, dan saya juga tidak sabar untuk berkongsi dan mempersembahkan lagu-lagu dari album baharu ini kepada peminat muzik Asia melalui JOOX,” kata penyanyi dan penulis lagu tersebut.

Album ‘=’ merupakan album studio keempatnya, sekaligus membuktikan Ed Sheeran masih relevan dan terus melakar kejayaan demi kejayaan dengan menguasi carta muzik dunia.

Head of JOOX Malaysia, Angie Tan berkata, JOOX akan sentiasa memberikan yang terbaik dan ekslusif buat para pelanggan mereka, antaranya membawakan konsert siaran langsung bertaraf dunia.

“JOOX akan sentiasa memberikan yang terbaik dan ekslusif buat para pelanggan kami. Contohnya seperti konsert dalam talian eksklusif oleh Ed Sheeran yang bakal berlansung Sabtu ini. Siapa tidak kenal Ed Sheeran yang merupakan salah satu artis popular di dunia.

“Konsert ini bukan sahaja akan memukau semua peminatnya di rantau Asia, JOOX juga turut sama ingin meraikan kelahiran album terbaharu Ed Sheeran dan penambahan album tersebut ke dalam senarai lagu pengguna JOOX,” katanya.

Jangan lepaskan peluang istimewa untuk ikut menyanyi sepuas hati bersama, Ed Sheeran dengan selesa di rumah anda sendiri! Untuk memastikan anda layak menjadi Pengguna Berbayar JOOX VIP, klik di sini sekarang: https://open.joox.com/s/rd?k=ZYoYU