VIRAL
Fuji Akhirnya Datang Ke Malaysia, Teruja Makan Nasi Lemak & Pergi Genting Highlands… Komen Aisar Khaled Curi Tumpuan!
Aktress dan pempengaruh Indonesia, Fuji meluahkan rasa teruja apabila tiba di Malaysia, semalam.
Teruja Cuba Nasi Lemak
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Fuji atau nama sebenar Fujianti Utami Putri, 23, berkongsi foto dia menikmati hidangan Nasi Lemak di sebuah restoran popular di Kuala Lumpur.
Dalam perkongsian tersebut, Fuji turut menerima sebuah jambangan bunga mawar putih yang bersaiz besar.
"Makan nasi lemak di negaranya langsung," tulis Fuji.
Di TikTok pula, Fuji yang mempunyai pengikut 33.6 juta itu turut berkongsi video dia beriadah dengan bermain Go Kart.
Netizen Teruja Kunjungan Ke Malaysia
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikut memberikan pelbagai reaksi terhadap kunjungan Fuji ke Malaysia.
“Akhirnya tercapai makan nasi lemak di Malaysia, senang-senang ya Uti di Malaysia,” komen netizen.
“Di negara Upin Ipin,” seloroh netizen.
“Wah, udah sampai di Malaysia,” tulis netizen lain.
“Akhirnya tercapai makan nasi lemaknya. Have fun di Malaysia ya,” komen netizen.
Aisar Khaled Turut Komen
Tidak ketinggalan, pempengaruh popular, Aisar Khaled turut meninggalkan komen di perkongsian Fuji tersebut.
“Enjoy Malaysia, welcome,” tulis Aisar ringkas.
Fuji turut teruja apabila dia berkunjung ke taman tema tertutup popular Genting Highlands, Pahang.
Terdahulu, Fuji mula mendapat perhatian apabila bergambar bersama Aisar ketika berlawan boxing bersama Fadly yang juga abang kepada Fuji.
Difahamkan Fuji dijemput bagi bersama-sama memeriahkan pelancaran sebuah jenama fesyen tempatan pada hujung minggu ini.