Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Full House! Baju ‘Rosak’ Tak Halang Nadin Amizah Beri Persembahan Penuh Bertenaga Di Showcase Malam Mendengar

Asyikin Mayudin 17/05/2025 | 12:55 MYT
Showcase Malam Mendengar Nadin Amizah yang berlangsung di Zepp, Kuala Lumpur pada Jumaat sememangnya memberi kenangan indah buat peminat penyanyi berasal dari Indonesia itu.

Persembahan bermula tepat pukul 8 malam selama satu jam setengah itu dihadiri seramai lebih peminat yang berpuas hati menonton secara live nyanyian penyanyi kegemaran mereka.

Nadin memulakan persembahannya dengan menyampaikan lagu Sorai, Semua Aku Dirayakan, Di Akhir Perang, Rumpang, Teralih-Kekal, Bertaut, Rayuan Perempuan Gila dan Hormat Pada Angin.

Kemudian penyanyi yang terkenal dengan gaya ‘manja’ ketika membuat persembahan itu meneruskan nyanyian dengan lagu yang jarang dinyanyikan iaitu Star.

Bukan itu sahaja, Nadin turut menyampaikan lagu Tawa, Mendarah, Menangis - Dan Selesai, Cermin, Bunga Tidur, Seperti Tulang dan mengakhiri persembahannya dengan lagu Sorak Sorai.

Persembahan Malam Mendengar kali ini bakal memberikan kelainan yang cukup istimewa apabila buat julung kalinya dipersembahankan secara orkestra penuh hasil penganjuran Rencana Idea.

Turut dibantu lebih daripada 20 pemuzik di atas pentas, persembahan Nadin menandakan penampilan pertamanya dengan berimej rambut perang dan senarai lagu yang lebih matang serta berani.

#Konsert #Nadin Amizah #Konsert Nadin Amizah #Malam Mendengar #Showcase Malam Mendengar