Laman Utama

Fullamak! Ada Banyak Saluran Baharu Kat Astro Sekarang Ni! Hiburan, Sukan, Variety... Semua Complete!

gempak
Amri Hassan
15/09/2021
03:26 MYT
Sponsor Banner
Fullamak! Ada Banyak Saluran Baharu Kat Astro Sekarang Ni! Hiburan, Sukan, Variety... Semua Complete!
Astro terus memperkukuhkan tawaran kandungannya dengan lebih banyak pilihan, nilai berganda dan lebih fleksibel.
Sejajar dengan ini, Astro hari ini mengumumkan bahawa ia akan terus mengagregasi perkhidmatan penstriman terbaik dan pada masa yang sama memberi nafas baharu kepada saluran-saluran di pek-pek Family, Movies, Variety dan Learning, juga Sports.
Saluran-saluran baharu termasuk HBO Family, HBO Hits, SHOWCASE MOVIES, BBC Lifestyle, BBC Earth, Paramount Network, Lifetime dan PRIMEtime, bermula 15 September 2021, serta saluran-saluran sukan baharu seperti Astro Arena 2, Astro SuperSport 5 dan SPOTV pada 1 Oktober 2021.
Sebagai tambahan, bermula pertengahan bulan Oktober, pelanggan yang disambungkan kepada On Demand boleh menantikan dua saluran BBC tambahan, BBC First dan BBC Brit, menawarkan lebih drama dan program hiburan Britain. Terdapat juga sesuatu yang baharu untuk semua dengan pelbagai kandungan yang ditawarkan menerusi lima pek ini.
Penawaran baharu ni tepat pada masanya, memandangkan Disney baru-baru ini mengumumkan bahawa ia akan menghentikan saluran-saluran TV tertentu di rantau ini, sebagai sebahagian daripada strateginya untuk mendorong penggunaan perkhidmatan penstrimannya.
Hasil daripada peralihan global ini, semua rakan serantau di Asia Tenggara termasuk Astro akan menghentikan penyiaran saluran-saluran TV di bawah Disney selepas 30 September 2021 termasuk: FOX, FOX Life, FX, FOX Movies, FOX Action Movies, FOX Family Movies, FOX Sports, FOX Sports 2, FOX Sports 3, dan Nat Geo People.
Tambahan, sebagai sebahagian usaha Astro memberi nafas baharu kepada kandungan hiburan Bahasa Inggerisnya, kedua-dua saluran Discovery Science dan Hello akan diberhentikan selepas 30 September 2021.
Memandangkan pertumbuhan yang menggalakkan dari tontonan TV ke platform penstriman, pelanggan Astro yang telah mengaktifkan aplikasi Disney+ Hotstar dapat strim lebih banyak hiburan kerana mereka boleh terus menikmati sebahagian besar kandungan dari saluran-saluran FOX di aplikasi ini.
Kata Pengarah Komersial Astro, Azlin Arshad, Astro sentiasa komited menawarkan pilihan yang luas bagi memenuhi pelbagai keperluan hiburan dan maklumat kepada pelanggan.
"Astro terus memperkuatkan penawaran produk dan pengalaman pelanggan kami. Setakat ini, penyegaran barisan kandungan kami memastikan bahawa kami terus menawarkan pilihan yang luas untuk memenuhi pelbagai keperluan hiburan dan maklumat kepada pelanggan kami, dengan tujuan untuk menggembirakan mereka.
"Sejajar dengan perubahan semasa dalam pilihan dan permintaan pengguna, ditambah pula dengan hasrat kami untuk memperluas penawaran kandungan, kami dengan berbesar hati menampilkan barisan saluran-saluran baharu yang membawa bersama mereka, rancangan-rancangan terbaik yang amat dinantikan.
"Peminat sukan boleh menantikan 3 saluran baharu - Astro Arena 2, Astro SuperSport 5 dan SPOTV. Didorong berdasarkan populariti Astro Arena, Astro Arena 2 menjanjikan liputan sukan tempatan yang segar dan terkini serta rancangan studio secara langsung untuk WWE, BWF dan banyak lagi dalam format baharu yang akan menarik golongan muda.
"Astro SuperSport 5 akan membawakan UFC dan Formula 1, sementara SPOTV menjanjikan aksi langsung MotoGP, Wimbledon, US Open secara langsung agar peminat sukan boleh terus menikmati lebih di Astro.
"Dalam memenuhi permintaan dunia penstriman yang semakin meningkat, kami mendorong pelanggan kami untuk mendaftar dan menikmati kandungan luas yang tersedia aplikasi kami seperti Astro GO, HBO GO, iQIYI, Disney+ Hotstar dan terbaharu TVB Anywhere+.
"Sebahagian daripada perjalanan berterusan kami untuk meningkatkan pengalaman pelanggan, kami berharap agar dapat memberikan lebih banyak pilihan, nilai dan fleksibiliti dalam pakej kami untuk para pelanggan kami," katanya.
Saluran-saluran baharu akan disediakan di TV dan On Demand, dari 12 tengah malam, 15 September 2021. Untuk maklumat lanjut, sila layari astro.com.my/newchannels.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live