Laman Utama
Fullamak! Banyaknya Program Best Di Astro Radio Sempena Sambutan Hari Kebangsaan & Ulangtahun Ke-25
Sempena Hari Kebangsaan dan sambutan ulang tahunnya yang ke-25, semua rakyat Malaysia boleh menantikan kandungan menarik dan istimewa di Astro Radio, menerusi 11 jenama radio di udara, di aplikasi dan laman web SYOK, juga di platform media sosial.
Kata Ketua Pengawai Eksekutif, Kenny Ong pendengar boleh menikmati pelbagai program menarik termasuk lagu-lagu pilihan.
"Kami ingin memberi penghargaan kepada peminat dan pendengar yang telah menyokong kami di sepanjang perjalanan hingga mencapai ulang tahun ke-25.
"Para pendengar kami boleh menikmati 25 pilihan lagu terbaik, mendengar kisah dari bakat-bakat tempatan dari radio, TV dan pawagam, dan ikut serta dalam cabaran menarik di media sosial untuk menang hadiah.
"Kami teruja untuk terus menyediakan pelbagai kandungan yang terbaik menerusi kesemua jenama kami dan ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan luar biasa dalam menjadikan kami pilihan radio No.1 mereka," katanya.
Rakyat Malaysia boleh menikmati kandungan istimewa pada Hari Kebangsaan ini, termasuk:
- 64 Suara Merdeka, memaparkan 64 lagu kegemaran tempatan pada 31 Ogos, 3 petang di SINAR.
- 64 Lagu Ore Kito, lagu-lagu tempatan dari Pantai Timur pada 31 Ogos di GEGAR
ZAYAN Talk Merdeka, sesi perbincangan bersama selebriti tempatan dan ramai lagi, pada 31 Ogos, menerusi Facebook dan Instagram ZAYAN.
- Anugerah Hero ERA Sarawak, peraduan mencalonkan individu yang boleh digelar sebagai hero oleh pendengar, bermula 30 Ogos di Facebook dan Instagram ERA.
- Konsert maya 90-minit bersama RAAGA dalam En Malaysia, Un Malaysia, Nam Malaysia, menampilkan bakat tempatan seperti Santesh, Yunohoo, Havoc Mathan, Havoc Naven, Lockup Nathan, Amos Paul dan ramai lagi, pada 31 Ogos dari 6 petang di Facebook Live.
- The Best Malaysian English Songs, menghitung lagu Inggeris tempatan teratas yang dicalon dan diundi oleh peminat pada 16 September di HITZ.
- Malaysian Pop Culture, pilihan lagu terbaik dalam beberapa dekad dan peminat berpeluang untuk berkongsi filem-filem ikonik Malaysia pada 31 Ogos, bersama MIX.
Rakyat Malaysia juga boleh meraikan ulang tahun Astro Radio ke-25 menerusi:
Senarai lagu yang disusun khas seperti:
- Carta 25 Gemilang, menampilkan 25 lagu terbaik dari program realiti terkenal tempatan, Akademi Fantasia dan Ceria Popstar dari 3 September, setiap Jumaat, 9 malam di SINAR.
- Senarai 25 lagu Nasyid terbaik, pada setiap Sabtu dan Ahad, dari 28 Ogos di ZAYAN.
- RAAGA-vil Top 25 Hits!, lagu-lagu Kollywood dan hit terbaik Malaysia dari 80an hingga ke hari ini, dihoskan oleh Gheetha pada setiap Ahad, dari 10 pagi hingga 1 petang, di RAAGA.
Temu bual eksklusif yang mendalam bersama pengarah filem pemenang anugerah, selebriti tempatan terkenal dan personaliti TV, termasuk:
- Amira Othman, Sufi Rashid, Aizat Amdan, Akim Ahmad, bekas pelajar dari program realiti terkenal Akademi Fantasia di YouTube and media sosial ERA. Peminat juga boleh menyaksikan video dari JoHaRa Pagi ERA menerusi Jaguh JoHaRa, bertarung dalam permainan Batu Seremban secara maya, bersama selebriti tempatan.
- Juara program realiti terkenal Akademi Fantasia Musim 1, Vince Chong dan hos Astro Arena, juga pelajar dari program Akademi Fantasia, Burn, pada 31 Ogos di GEGAR.
- Peserta-peserta program islamik Astro Oasis, menerusi siri temu bual dalam Jejak Imam Muda & Pencetus Ummah, kini berlangsung pada Isnin hingga Jumaat, dari 3 petang hingga 7 malam di ZAYAN.
- Penyampai berita Astro, Siow Hui Mei dan Gan Jiang Han, dan pengarah filem pemenang anugerah, Chiu Keng Guan (On Your Mark, Ola Bola, The Journey), pada bulan September di MELODY.
Para pendengar juga boleh menantikan kandungan seperti 25 program TV terbaik di Astro menerusi GOXUAN, setiap Khamis, jam 6 petang bermula 2 September. Peminat juga boleh mengambil bahagian dalam cabaran TikTok bersama personaliti-personaliti radio MY yang akan dijalankan di penghujung tahun ini.
Sebagai tambahan, rakyat Malaysia juga berpeluang untuk menikmati lawatan radio di studio bersama HITZ, MIX dan LITE, serta beramah mesra dengan personaliti-personaliti radio terkenal dari jenama-jenama tersebut.
Untuk maklumat lanjut, ikuti laman-laman rasmi jenama Astro Radio dan di plaform media sosial.