"Future Miss Universe Is Born!" - Elaine Daly Sambut Cahaya Mata Kedua

Amri Hassan
Mei 19, 2018 08:21 MYT
Pengacara dan pelakon Elaine Daly telah selamat menimang cahaya mata keduanya semalam.
Elaine, 41, dan suami, Nick Borden berkongsi detik kegembiraan itu di laman sosial Instagram masing-masing.
Anak perempuan kedua pasangan itu diberi nama Mia Alice Boden.
"Kami sangat gembira untuk mengumumkan nama anak perempuan kedua kami ialah Mia Alice Boden," tulis Elaine.
Sama seperti suaminya, Nick yang turut berkongsi beberapa keping foto wajah anak kedua mereka.
Peminat rata-ratanya teruja dengan kehadiran cahaya mata kedua pasangan Elaine dan Nick.
"Future Miss Universe is born," tulis salah seorang pengikutnya.
Elaine dan Nick berkahwin pada 4 Disember 2014 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata, Eva Jean Boden, 3 tahun.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @elainedaly
#Anak #Bersalin #Elaine Daly #Nick Boden