Filem Indonesia, Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (NKCTHI) telah ditayang pada 23 April lalu di Astro First dan On Demand.

Secara eksklusif, buat kali pertama filem NKCTHI ditayang terus di pawagam rumah anda!

NKCTHI telah mendapat sambutan hangat daripada pelbagai kalangan penonton tak kira yang muda atau berkeluarga.

Filem NKCTHI menceritakan tentang kehidupan tiga adik beradik Angkasa (Rio Dewanto), Aurora (Sheila Dara Aisha) dan Awan (Rachel Amanda).

Mereka mempunyai kisah pilu masing-masing. Keadaan menjadi semakin tegang apabila Awam jatuh cinta pada Kale. Perubahan Awan disedari oleh bapa mereka, Narendra.

Sebagai seorang ayah yang tegas, Narendra cuba mengawal anaknya. Tindakan tersebut turut memberi tekanan buat Angkasa dan Aurora. Ini mendorong pemberontakan Angkasa, Aurora dan Awan sehinggalah rahsia besar keluarga mereka terbongkar.



Selain itu, pengarah filem tersohor tanah air, Mamat Khalid bakal muncul dengan filem muzikal terbarunya berjudul Manap Karaoke selepas Rock 4: Rockers Never Dai.

Filem itu sepatutnya ditayangkan pada bulan Ogos di layar perak. Walau bagaimanapun, Manap Karaoke dipercepatkan dan ditayangkan di Astro First pada 7 Mei ini.

Manap Karaoke diterujui oleh pasangan suami isteri, Pekin Ibrahim dan Mona Allen bersama barisan pelakon hebat lain antaranya Ropie dan Joey Daud.

Apapun, jangan lupa untuk sewa NKCTHI di Astro First saluran 480 dan strim On Demand.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem NKCTHI, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.