,
Laman Utama

Fynn Jamal Gembira Anak Perempuan 7 Tahun Dah Mula Bertudung, Netizen Minta Tips Didik Anak

Shahrin Zulkifle
04/01/2023
04:00 MYT

Bekas penyanyi Fynn Jamal meluahkan rasa gembira apabila sejak kebelakangan ini anak angkat perempuanya, Sakti Kencana Dewi, 7, gemar mengenakan hijab setiap kali mahu keluar daripada rumah.

Tidak pernah memaksa mahupun menyuruh, Fynn berkata biarpun tudung yang dikenakan hanyalah dalam jangka masa yang singkat, namun sudahpun membuat hatinya merasa seakan ‘berbunga’

“Dua tiga menjak ni rajin minta tudung sebelum keluar. Hati ini rasa bahagia sangat, rasa terapung, mekar serasa jiwa, berbunga-bunga hati mummy (Fynn).

“Tapi itu lah, tak sempat sampai kedai biasanya dah tercabut. Penyek terus bunga dalam hati tadi haha.

“Sebenarnya memang belum suruh pakai pun. Sebab tahu dia pakai bukan sungguh-sungguh pun. Hari tu niqab dia nak pakai pun dia request sendiri,” katanya.

Fynn berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi hantaran terbaharu di Instagram miliknya

Dalam masa sama, pelantun lagu Arjuna Beta itu turut berkongsi pengalaman apabila pernah diajukan soalan mengenai cara dia dan suami, Hazrilfitri Hadzir mendidik serta membesar anak dengan baik.

Tidak mempunyai sebarang tips atau petua, Fynn berkata anak-anak akan mempelajari sendiri melalui apa yang dilihat daripada kedua ibu bapa.

“Bila ramai tanya tips, saya memang tiada tips. Tapi tidak apa, di usia begini belum wajib atasnya. Jadi kita guna didikan melalui tauladan sahaja. Anak-anak akan terima melalui apa yang dia nampak bukan dengar.

“Kalau mak ayah jaga agama dalam hati, anak-anak juga akan jaga. Mak ayah jaga solat, anak-anak akan jaga solat. Mak ayah jaga aurat, anak-anak akan jaga aurat,” jelasnya.

Untuk info, Fynn dan Hazrilfitri mendirikan rumah tangga pada 2008. Selain Kencana Dewi, pasangan tersebut turut memiliki seorang lagi anak angkat lelaki bernama Bakti Arjuna Fitri Abdullah.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Trauma Suami Pedofilia, Wanita Ini Ambil Keputusan Gugurkan Anak Dalam Kandungan

gempak
15/05/2024
09:25 MYT
Seorang pendengar Radio Zayan baru-baru ini berkongsi kisah traumatik dan menyedihkan dalam hidupnya di mana wanita itu mendakwa bahawa suaminya merupakan seorang pedofilia.  Menurut wanita yang juga merupakan ibu kepada dua orang anak itu, dirinya mengetahui tentang sifat keji suaminya selepas anak pertamanya mengadu tentang perbuatan terkutuk ya
Laman Utama

“Terima Kasih Kerana Berani Bersuara”- Fynn Jamal Puji Angelina Jolie Tunjuk Sokongan Terhadap Pal****n

gempak
05/11/2023
03:52 MYT
Terima Kasih Angie
Laman Utama

Terbiasa Hidup 'Loner' Sebelum Kahwin, Fynn Jamal Cuba Biasakan Diri Anak Susah Nak Berenggang

gempak
11/07/2022
10:00 MYT
Biasalah kan ibu dan anak
Laman Utama

"Kalau Allah Dah Decide Untuk Tamat, Aku Takkan Ingkar" - Fynn Jamal

gempak
06/12/2021
09:40 MYT
Harap semuanya baik baik sahaja...
Laman Utama

Ramai Berpiknik Sakan Di Air Terjun Tak Jaga SOP, Fynn Jamal: "Baliklah, Kalau Nak Juga Buat Tempat Private, Bayar Sikit"

gempak
13/09/2021
07:22 MYT
Ada yang buka mask!
Unitar