gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Keith Foo Sedang Dalami Islam, Riena Diana Belum Sedia Umum Berita Gembira - “Dia Beri Saya Peluang Untuk Pilih Nama…”
HIBURAN
Siti Nurhaliza Bakal Lancarkan Album Tradisional Hujung Tahun Ini - "Selepas Konsert Saya Akan..."
HIBURAN
DSV ‘Kenenkan’ Cik B Dengan Anak Aliff Syukri, Ini Respon Tuan Badan - “Astaghfirullahalazim, Selamatkan Aku!”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Gabenor Dedi Mulyadi Kena Saman Tak Pakai Helmet

Maliah Surip
Maliah Surip
15/06/2025
06:55 MYT
Sponsor Banner
Gabenor Dedi Mulyadi Kena Saman Tak Pakai Helmet
Gabenor Jawa Barat, Indonesia, Dedi Mulyadi disaman atas kesalahan tidak memakai helmet. Insiden tersebut berlaku sewaktu Dedi menjadi penumpang motosikal milik Dinas Perhubungan Kabupaten Bogor.
Dedi, 54, disaman menerusi sistem saman elektronik atau Electronic Traffic Law Enforcement (ETLE).
"Yang ada di video, gabenor (Dedi). Jadi kita saman dengan sistem ETLE," ujar wakil pihak berkuasa seperti dilaporkan Kompas.
Sesuai dengan kesalahan yang dilakukan, Dedi disaman sebanyak RM65 kerana tidak memakai helmet.
Terdahulu video seorang pekerja membawa Dedi sebagai pembonceng yang tidak memakai helmet tular di media sosial. Kejadian berlaku sewaktu beliau ingin pergi ke acara perasmian Kampus Bhinneka Tunggal Ika Universitas Pertahanan yang dihadiri Presiden Prabowo Subianto.
Menurut Dedi oleh kerana terjebak dalam kesesakan lalu lintas hampir sejam, dia memutuskan untuk menumpang seorang pekerja dan tidak memakai helmet.
“Saya tidak memakai helmet jadi saya minta pihak berkuasa menyaman saya kerana sedar ia adalah satu bentuk kesalahan. Saya bertanggungjawab dan akan membayar saman di atas perbuatan salah saya,” tulis Dedi di Instagramnya.
Topic Berkaitan
#saman
#Indonesia
#Helmet
#Gabenor
#Dedi Mulyadi
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement